Tuesday, May 7, 2013

Isteriku kekuatan ku!!!

Setuju tak dengan tajuk WHI pada hari jumaat lepas?

Ya, rata2 isteri merupakan kekuatan seorang suami. Mana tak kuat, dialah isteri, dialah ibu, dialah surirumah, dialah pekerja, dialah bos, dialah pengurus kewangan dan macam2 lagi jawatan tak bertauliah disandang oleh seorang perempuan yang bergelar isteri.

Sebab itulah kita selalu dengar org berkata "kejayaan seorang lelaki kerana ada seorang perempuan di belakangnya"..

Apa2 pun tak kira sekuat mana seorang perempuan tu, dia tetap perlukan sokongan dan kasih sayang tak berbelah bahagi daripada suaminya..

Semoga Allah mengurniakan kekayaan, kebahagiaan, kenikmatan, keberkatan serta keagamaan kepada seluruh keluara kita. Aminnnn

P/s: Ramai juga calon wanita yang bertanding masa PRU13 lepas. Yang paling muda umur 24 tuuuuuu...