Saturday, June 30, 2012

Get ready to go





Nak pergi mana??
Nak pergi kenduri nun di Muar sana..
Alahai.. Ponteng kelas Muzik lagi..
Apa nak buat..

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Friday, June 29, 2012

Bandung Day 3 || Shopping sakan di Pasar Baru


Hari ke 3 di Bandung..
Hati membuak2 nak perabiskan duit di Pasar Baru..
Menurut pengalaman2 serta pembacaan dalam google..
Pasar Baru merupakan tempat yang wajib pergi bagi Pelancong dari Malaysia..
Sebelum tu kami breakfast dulu..

Breakfast pagi ke 3 memang sangat unik..
Sebab soohoon dijadikan macam meehoon goreng..
Ayah damia mula2 cakap meehoon goreng..
Pastu saya cakap ni soohoon goreng..
Boleh dia tak percaya..sabo jer lah..


Tapi jujurnya soohoon goreng ni sangat2 sedap..
See, bertambah-tambah saya makan soohoon goreng ni bersama dengan sayung goreng jawa..
Ayah Damia?? Jangan haraplah nak makan benda2 cam ni..huhu


My little girl yang sibuk nak amik gambar itu ini dengan handphone ibunya..


Dah makan, kami tunggu supir kami di bahagian Concierge..
Bukan lobby hotel tau sebab Hotel kami ni kan unik sikit...dalam shopping complex..hehe

Pada mulanya kami tak nak menggunakan perkhidmatan Supir sebab dekat jer berjalan kaki dari hotel ke pasar baru..Tapi supir kami yang menawarkan nak hantar kami secara percuma pagi tu sebab katanya kami bawa 2 anak kecil, agak bahaya juga tu, dan semestinya katanya ramai pencopet2 di Pasar Baru tu akan aim kami sebab selalunya pelancong yang bawa anak kecil akan hilang fokus akan barang2 bernilai yang dibawa contoh dompet, DSLR, barang yang dibeli dan lain lain..

Dalam kereta dah nak sampai Pasar Baru kami buat decicion nak guna perkhidmatan supir tu...Yang bestnya kami dapat harga murah hokeyyy utk 1 hari tour kami tu...lebih murah dari bayaran supir pada hari sebelumnya tu..ahamdulillah..kami hanya cuma bayar IR300,000 sahaja berbanding dengan IR450,000 sebelumnya....untung sebenarnya guna supir ni sebab dia yang akan tolong angkat barang, tolong main-main dengan anak kita, tolong tawar menawar dan lain-lain..pendek kata gunalah perkhidmatan SUPIR bagi yang ada anak kecik macam kami tu..


Sebelum ke Pasar Baru, kami ke BII bank...kalau kat Malaysia MAYBANK lah..
Keluarkan duit juta-juta rupiah lagi!!!
Nanti ada masa saya akan buat entry cam mana nak keluarkan duit di Bandung dengan menggunakan kad ATM Maybank...
Yang bestnya, kami tak yah ke Money Changer, terus jer keluar duit Indonesian Rupiah melalui kad ATM Maybank tu..


Yeayyyy dah sampai PASAR BARU!!
Betullah kata org, sesiapa yang sampai kat sini confirm rambang mata...
Dan saya?? Baru jer tgk2 kain ni..memang rambang mata dan kepala nak pilih yang mana..


Ayah damia kata dia yang bukan kaki shopping pun tak tahan nafsu nak beli itu ini..
Apa ntah lagi kalau kaum2 perempuan yang sampai ke PASAR BARU ni..
Sebab tu masa di Bandung, apa nak beli, apa nak makan, semua suami bagi greenlite..
TQ abang...:)

Baju Bandung wajib beli ni ..
Bukan sehelai bukan 2 helai..Tapi 15 helai hokeyyy beli bawak balik ke ipar duai, biras dan juga saudara mara di Malaysia...memang sakan memilih design2 baju bandung utk dijadikan ole-ole ni..


Selain daripada kain2 ela serta kebaya dewasa, terdapat juga pelbagai pilihan telekung2..
Walla...dah macam ada telekung fair pun yer..
Macam2 design, macam2 warna, macam2 kualiti kain..
Pilih pilih jangan tak pilih..
Masa ni saya hanya beli 2 pasang kain telekung utk mak dan mertua saya sahaja..
Kualiti paling best dan paling comeyyy


Oh yer..kebaya kanak2 tak ada hokeyyy..
Kalau ada pun kebaya kanak2 yang lip lap lip lap kain nett yang jarang tu..
Patut ler warga Bandung pun order kebaya kanak-kanak dengan saya..
Rupa2nya memang tak ada kebaya kanak2 yang sesuai di Bandung..


Lagi satu, kami sekeluarga juga tak melepaskan peluang beli baju batik Bandung..
Unikkan, batik yang telah dimodenkan dengan pelbagai fesyen..


Kami beli 1 set utk family kami..
1 kameja batik utk si ayah, 1 blouse batik utk si ibu,
2 dress batik utk Aleesya & Ayyunie..
Boleh ler pakai Raya nanti..


Hampir2 juga kami nak beli set langsir ni...
Day curtain, Nite curtain dan scallop utk sliding door..
Harganya IR1,500,000
Lebih kurang RM525..
Tapi tak ada pulak warna yang berkenan ..
So reject beli langsir...

Pendek kata memang puas hati shopping di Pasar Baru..
Bayangkan kami sampai Pasar Baru jam 9:30 pagi..
Kul 4 petang baru kami keluar..tu pun sebab anak2 cakap lapar..
Alahai...siannya anak2 ibu...



Yang best tu, tgh syok bershopping...supir boleh pula kami tak perasan ntah kemana..
Mula2 tu dia call cakap tunggu kat sekian sekian..
Lepas dah siap shopping, kami gi tempat sekian2 tak jumpa..
Alahai..last2 beli lah prepaid Indonesia semata2 nak call supir kami tu..
Hik hik...memang pengalaman betullah..
No indonesia tu sampai sekarang pun ada lagi tu..

Lepas shopping kami makan di mana??
Tunggu next entry lagi..:)

p/s: Tak sakan sangat shopping kat Pasar Baru masa ni...sakan lagi kami shopping kat Pasar Baru keesokkan harinya...ngeh ngeh ngeh... 2 hari berturut2 ke Pasar Baru...




 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

BANDUNG DAY 2 || Tak sah tak berurut kalau ke Indonesia!!!


Indonesia sinonim dengan urut mengurut ni kan..
So kalau ke mana2 daerah di Indonesia, memang tak sah kalau tak berurut kan..

Dulu masa saya ke Batam, saya sempat menggunakan perkhidmatan mengurut di dalam bilik hotel..
Tapi masa tu untuk saya seorang..

Percutian ke Bandung ni juga saya dan keluarga tak lepaskan peluang untuk berurut dalam bilik..
Tapi memang kebetulan masa tu kaki kami sangat2 penat..
Bukan setakat kaki yang terasa berat, malahan kepala pun ada terasa sakitnya..
Agaknya penangan Jungle Trekking kat Tangkuban Perahu tu rasanya.



Jam waktu Bandung menunjukkan jam 9 malam..
Saya menelefon nombor pusat urutan dalam hotel yang tertera atas side table tu..
Pada mulanya sekadar nak berurut kaki sahaja, tapi difikir2kan....urut satu badan sekaligus lah..
Terdapat banyak nama2 urutan yang tertera pada pamplet tu, tapi selepas diberi penerangan oleh person incharge yang angkat telefon tu, terus saya decided nak "Kawas Massage"

Dalam lebih kurang 10 minit kemudian, pintu bilik hotel berting tong ting tong..
Kelihatan 1 perempuan yang dalam lingkungan 30 tahun dan 1 perempuan yang agak berusia 45 tahun memegang tuala dan aksesori urutan dalam bakul masing2..

Sebelum kami berurut, saya dan suami diberi kain tuala utk menukar pakaian..
Maksudnya hanya pakai tuala semata2..
Alahai abang...dalam keterpaksaan dia terpaksa akur juga..
Sebab nak berurut punya pasal...
Nasib ler berurut dengan isteri sebelah2 jer..
So, senang hati!!

Oh yer sebelum tu, 2 perempuan tu juga sempat mengurut Aleesya & Ayyunie..
Both Damias yang pada mulanya bising2, terus terlena masa diurut oleh terapis tersebut..
So, pabila anak2 dah tido dengan tenang, maka kami suami isteri dapatlah berurut dengan tenang juga..:)

Tapiiiiiiii...sambil2 mengurut tu, sempat lagi weiiii terapis tu promote suruh amik pakej teknik urutan muka..
Mereka kata yang mereka urut ni dapat komisen sikitttt sangat dari pihak hotel, so urutan muka tu kengkononnya tips utk diaorg..
Hurmmm...cam biasa, saya memang pantang dipujuk atau dirayu utk beli barang atau mencuba service..
So, saya anggukkan dan ya ya kan ajer lah...
Si suami pulak tak kisah...hehe

So total wang Indonesian Rupiah saya yang habis utk urutan malam tu ialah.

* Kawas massage utk saya : IR 250,000
* Kawas massage utk suami : IR 250,000
* Urutan muka (Tips mereka): IR 100,000 X 2 org..

Total: IR 700,000

P/S: Suami saya kata jangan berkira sangat dengan duit masa berholiday, nanti mood holiday hilang...:) Baiklah abang, saya menurut perintah...hik hik
p/s: Uolss cam mana?? Pernah panggil terapis datang bilik hotel berurut??? Kalau tukang urut datang rumah tu biasalah kan...



Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Thursday, June 28, 2012

Jom renew lesen perniagaan!!! Promosi utk 5 tahun~






Lambatlah pulak angka giliran saya ni.. Kena tunggu 30 org lagi..sambil menunggu leh updated blog:)






Ada promosilah.. Renew 1 tahun RM 60, tapi kalau renew 5 tahun terus hanya bayar RM50 sahaja.. Wahhhh berbaloi2 ni.. Jimat banyakkk tuuu.. Apa lagi kebetulan lesen perniagaan tamat 26hb 2 hari lepas.. So ni peluang terbaikkk ni..:)

* Updated: 1. Promosi ni sampai hujung tahun ni sahaja
                  2. Denda lambat renew pun ada diskaun 50% 

P/s: Yang banyak company tu memang berbaloi2 lah kan...:)..1 intensif yang bagus oleh kerajaan utk yang berniaga sendiri..:)

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

BANDUNG DAY 2 || Air terjun ajaib di KAMPUNG DAUN & Shopping di Jalan Riau


Lepas balik dari SAPU LIDI
Kami ajak supir ke Kampung Daun sekejap utk bergambar dan melihat sendiri air terjun ajaib tu..
Saya tahu pasal kewujudan Kg Daun ni pun hasil googled jer..
Mula2 masuk tu ada jualan utk pakaian...
Tapi tak menarik perhatian kami pun sebab kami memang nak tgk air terjun ajaib tu jer...:)


Aleesya yang ngada2 nak dukung ngan ayahnya..
Nasib baik kejap jer..


Sebelum tu bergambar dulu di kawasan yang cantik ni...


Jauh juga rupanya nak sampai ke kawasan air terjun ajaib tu..
Di sepanjang perjalanan tu, kelihatan beberapa pengunjung sedang menikmati makanan dalam wakaf masing2..bukan setakat menikmati makanan sahaja, tapi siap baring santai dan tido pun ada...dasyatttt!!


Yeayyy akhirnya kami sampai jua ke Air Terjun Ajaib ni...
Supir kami tu macam faham2 jer..
Awal2 lagi minta DSLR kami sebab nak snap2 gambar kami sekeluarga..


Unikkan air terjun ni..
Nampak macam edit atau bergambar dengan gambar lain kan..
BTW inilah rupa sebenar air terjun yang sangat cantik ni...
Memang real ni..
Kat atas air terjun tu pun ada wakaf utk makan-makan

Kami ke sini semata2 bergambar jer..
Sebab baru lepas makan kat SAPU LIDI kan..
Masa nak ke kereta tu pula..
Sempat juga kami beli strawberry bandung 2 kotak utk merasa..
Memang manisss dan kenyal isi strawberrya..


********************************************************************************
Lepas ke Kg Daun, kami terus ke Jalan Riau utk shopping di Branded Outlet..
Teruja sebab ni first time sampai Branded outlet kat Bandung ni..


Memang rambang mata la weiiii..
Sana sini tgk barang semua harga yang munasabah dan murah2..


Taraaaa...bergambar dalam Central Branded Outlet..


Itulah kereta supir kami...
Ok lah naik avanza utk kami 4 beranak ni..


Pastu jalan2 lagi sekitar Jalan Riau utk cuci2 mata dan poket..


Hasil shopping kami pada hari ke2..
Ada dress both Damias, alat tulis Aleesya, mainan Playdoh Ayyunie dan juga lain2..
Warm up dulu sebelum berhabis berjuta2 Indonesia Rupiah lagi..
Yang hari ke 2 ni pun habis hampir IR3 juta ++ (RM1000++)


Strawberry yang kami beli masa kat Kg Daun..
Yummy...

Kami shopping di Jalan Riau tu kejap jer..
Dalam kul 6 dah minta balik hotel..
Sebab penattt kan...Yer lah...dari pagi keluar kan..
Sepatutnya bayaran utk supir adalah sampai malam..
Tapi tak pe lah..
Nak buat cam mana...memang dah penat sangattt..

So sampai hotel apa pula XTVT kami buat malam tu yer..
CER TEKA CER TEKA...

NANTI BERSAMBUNG LAGI.




 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Wednesday, June 27, 2012

BANDUNG DAY 2 || Makan dalam sawah di Restoran SAPU LIDI


Lepas kepenatan balik dari Tangkuban Perahu.
Kami ke Restoran SAPU LIDI utk menikmati hidangan tengahari..
Jujurnya memang tak tahu langsung tempat makan ni...
Masa gooogled pun tak ada ternampak pula org buat entry pasal restoran ni..
Terima kasih kepada supir kami yang telah membawa kami ke sini..

Cer teka gambar kat atas mana Ayyunie??


Aleesya yang kelaparan sebenarnya ni..
Al-maklum ler..penat semasa dalam Tangkuban Perahu tu pun masih belum hilang..


Tu Ayyunie!!!
Tengah baring2 sebab kelaparan dan penat..:)


Sementara tunggu hidangan kami sampai..
(Ye lah jauh jugak tau makanan dari dapur ke wakaf kami ni, sebab restoran ni tersangatlah luas)
Sempat lagi tu kami anak beranak bergambar di tempat yang cantik ni..


Bukan sahaja pengunjung yang bergambar disini..
Malahan ada juga pre wedding photoshoot dilakukan di sini..
Kebetulan masa kami sampai tu, ada sepasang pengantin tgh photoshoot dalam sawah...


Ayah damia yang kelaparan juga ni..


Buku menu yang diperbuat dari mengkuang..


Yeayyy..makanan dah sampai..
Ni nasi goreng kampung utk saya!!


Aleesya order fries jer..
Padahal share2 nasi ngan ibu..:)


Alamak dah lupa pula nama kuih ni..
Ni supir yang order..
Kami pun tak ketinggalan pelawa supir kami makan bersama.
Tapi agaknya dia segan, so order air ngan kuih ni jer lah..


Sup sayur yang unik..
Makan dengan nasi TIMBEL..
Nasi TIMBEL tu lebih kurang nasi ayam penyet kita kot..


Minuman kami..:)

Ni lah Nasi TIMBEL tu...keunikannya sebab nasi tu dalam losong daun pisang...


Dah habis makan, masa utk bergambar dan round2 area SAPU LIDI ni..
Memang besar bangattt area kawasan sini...


Belakang kami tu tasik buatan..
Kat tasik ni ada chalet2..
Supir kami kata selalunya yang datang honeymoon jer bercuti kat Chalet ni..


Antara chalet yang ada..


Nak makan atas rakit ni pun boleh..
Tapi cam gerun jer sebab bergoyang2 kan...


Nak jalan guna jambatan kecik ni pun ngeri..
Badan tak stabil sebab jambatan air tu goyang2..


Luas pemandangan...hijau jer nampak semua..
Ni ler sawah2nya...bukan sikit tau..
Banyak lagi sawah2 sebelah sana sini..


Selain tu kita juga boleh membeli ole2 utk dibawa balik..
Kedai ole2 ni betul2 depan muka pintu restoran ni..
Terdapat pelbagai kerepek dan juga kek serta brownies..


Serius!! Brownies ni sangat sangat sangat best!!!
Tersangat sangat sangatlah rasa coklatnya..
Ruginya tak beli banyak2..
Lagipun first day kan..kengkonon nanti boleh datang lagi kalau nak beli..
Sekali hampehhh...last day tu ingat nak datang sini lagi borong brownies ni..
Tapi supir kata tak sempat sebab jauh juga nak kesini...


Apa2 pun kenikmatan makan brownies ni masih terasa di tekak ni..
Makan pun sikit2 sebab sayang takut habisss cepat..
Last2 tinggal separuh bawak balik Malaysia..
Dari Bandung-Bangi-Ipoh-JB..
Akhirnya selamat juga habis brownies tu..
Sebab sayangggg takut habis cepat...hihi


Ok lah..sambung next entry yang berzaman nak siap cerita ceriti di Bandung ni..:)
Owhhh ya, harga brownies tu IR40,000
Lebih murah berbanding kek dan brownies di KARTIKA SARI yang tak berapa sedap tu..