Ingat lagi tak masa saya pakai cantik2 ni..(perasan)
Alaaaa..masa saya bergambar dengan Juliana Banos, bergambar ngan Adam AF
(gambarnya belum ditag lagi)
Rupa2nya saya ke events ni lah..
Events ni tertutup..
Tak der penjualan tiket atau meja...
Ibu pergi atas tiket jemputan ikut ayah damia sebagai penaja (Wish Owner Club) utk events ni..
-
-
-
-
JOHOR BAHRU 28 Mac - Penolong arkitek, Nurulein Mohd. Ramli, 25, dinobatkan sebagai Ikon Gadis Johor apabila menjuarai pertandingan Pencarian Gadis Johor 2010 anjuran akhbar Utusan Malaysia malam tadi.
Kemenangan anak kelahiran Johor Bahru itu diumumkan pada Malam Gala Perdana yang berlangsung di Hotel The Zon Regency di sini.
Gadis genit beraksi ayu di pentas akhir dengan mengenakan busana berwarna ungu itu menerima wang tunai RM2,000, barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM2,500 dan tajaan pakej fotografi daripada Wafin Studio.
Naib johan pertandingan yang mendapat kerjasama daripada Majlis Kebudayaan Negeri Johor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara negeri Johor serta Yayasan Warisan Johor menjadi milik Nurul Atikah Abdul Rashid, 18, manakala tempat ketiga dimenangi Dian Zanariah Resty Fauzee Rosli, 24.
Turut beraksi pada pentas akhir berkenaan ialah Saidatunal Natrah Khalid, 18; Nor Azila Tukiran, 27; Ayshah Abdul Rahman, 19; Nur Atikah Md. Nor, 20; Irna Suriani Zainal Abidin, 25; Nuranassuhada Mahzam, 22; dan Intan Nur Suhailly Rosli, 23.
Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Asiah Md. Ariff yang mewakili Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.
Turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Johor, Abdul Hamid Mohamad; Pengarah Yayasan Warisan Johor, Jama Johan dan Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Nor.
Program yang bermula 9 Januari lalu bertujuan menghargai pembaca setia akhbar Utusan Malaysia khususnya golongan wanita selain mencari gadis yang boleh dijadikan ikon dan mewakili Johor dalam memperkenalkan adat, budaya dan warisan negeri ini.
Nurulein ketika ditemui selepas majlis itu mengakui, kemenangan tersebut sungguh bermakna dalam hidupnya biarpun ia tidak dapat dikongsi dengan ibu dan ayahnya yang tidak dapat hadir ekoran masalah kesihatan.
"Biarpun begitu, Alhamdulillah ini adalah kemenangan yang di luar jangkaan dan ia benar-benar menambah variasi kenangan terindah dalam hidup saya.
"Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya,'' katanya.
Hanya mengetahui hebahan mengenai program ini di laman sosial, Facebook, Nurulein nekad hadir pada sesi temuduga di hotel yang sama untuk mencuba nasib.
-
-
-
-
-
-
-
p/s:Peserta bukan sahaja diuji dengan gaya, penampilan serta catwalk...malah diuji juga dengan kepintaran menjawab soalan secara spontan dan sejarah2 johor..
Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
4 comments:
gojes mabeles nye kak ayu ni..
admire sungguh!
kak ayu, 2x tengok kak ayu ni mcm permaisuri agung tu la..heheh ^_^
yg menang tu cantiknya..gebu gebas.. yg tetamu kat atas tu pon cantik apa kurangnya..hihi
AA'ah ler..betul kata NAd tu..
macam tuanku zahirah tu..
frame yg ada kat dalam gambar tu...menartik perhatian mataku..hehehe
hehe suspens ingatkan ayu menang hehehe
Post a Comment