Wednesday, November 9, 2011

Resepi Nasi Mandhi Arab || Hidangan di pagi raya haji

Walaupun tak balik beraya di kampung..
Tapi juadah utk pagi raya tetap kena buatkan..
Nak2 pulak pabila si suami dan anak2 suka makan masakan isteri dan ibunya..
Kebetulan 2 hari berturut2 sebelum raya tu aleesya ngan ayah damia makan makanan arab jer kat restoran arab..berselera betul diaorg makan..
So terlintas lah idea nak buat nasi mandhi arab utk raya tahun ni..
Tahun lepas buat Nasi Dagang...:)
Tahun ni kita ubah selera Timur Tengah pulak yer..


Resepi??

1. Mula2 rebus ayam ngan halia dan bawang putih. Letak 1 kiub pati ayam dan tambah garam.
Simpan stok ayam tu
2. Pastu rendam beras basmathi selama 30 minit. 
3. Dalam periuk tumis rempah ratus, halia+ bawang besar + bawang putih yang dihiris halus2.
Tumis dengan minyak sapi yer kawan2..
Kemudian masukkan gajus, kismis dan tomato yang dipotong dadu.
4. Kemudian masukkan beras yang direndam tadi.Cuci dulu tau.
5. Masukkan air sama paras dengan beras tadi.
6. Masukkan pula 1/2 tin susu cair.
7. Apabila nasi agak2 nak kering, LETAK ARANG YANG MASIH BERBARA DALAM ALUMINIUM FOIL kat tengah2 nasi tadi. Tutup selama 3 minit supaya bau arang meresap ke nasi tersebut. (macam dalam gambar kata atas)
8.Lepas tu, keluarkan arang tadi dan masukkan pula ayam yang direbus.
9. Taburkan daun ketumbar yang dipotong. Titiskan pewarna kuning pada nasi.Tutup periuk sampai nasi betul2 masak.
10. Utk ayam bakar, ambil ayam dalam nasi tadi, taburkan serbuk lada hitam dan putih, letak sedikit pewarna kuning, kemudian letakkan sedikit marjerin. Bungkus dalam aluminium foil dan bakar dengar ketuhar selama 10 minit dengan suhu 180"c.

Hidang panas2..


Taraaa...Nasi Mandhi Arab..
Panggil mandhi sebab ayam tu mandi dengan nasi2 tu dalam 1 periuk kot...hehe


Sepatutnya nasi mandhi arab ni makan dengan sup..
Tapi ibu tukar dengan Dalca sayur..
Tak biasa makan nasi kalau tak ada kuah yang berlauk...hehe


Wajib ada sos ni kalau makan kat kedai arab..
Blend tomato, cili, daun ketumbar dan sedikit gula + garam bersama2..
Marvelous!!


Tema kami pada Raya haji tahun ni warna putih..
Both damias berkebaya putih yer..
Recyle jer baju2 yang lepas..


Memang bertambah2 lah pagi raya aritu..
Alhamdulillah..Syukur dengan Nikmat serta rezeki daripadaNYA..


Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 
Post a Comment