Friday, November 18, 2011

Pernah main DOMINO??? Eh ni bukan DOMINOS PIZZA yer..

Macam biasa, family kami kalau late dinner atau nak supper..
PAPARICH memang menjadi pilihan...

Kebetulan malam yang kami late dinner kat situ, aleesya ternampak buku2, majalah2 & set2 permainan macam puzzle, shahiba, snake ladder, Uno dan lain2 dalam rak hiasan PAPARICH..
Memang customer boleh ambil pinjam baca majalah tu dan anak2 boleh main set permainan kat situ..
Ibu tertarik dengan satu permainan yang ibu rasa macam sepanjang hidup ibu tak pernah main pun..
Rasa jakun kejap dapat main permainan tu..
Nak tahu apa???
DOMINO!!!


See!! Aleesya pun dah pandai main DOMINO ni..
Tapi konsep yang kami ajar tu salah ler..hehe..
Susun nombor yang sama tu betul dah...
Cuma bantai jer nak susun tegak ke, melintang ke...haha
Janji no sama..
Apa nak buat...ibu ngan ayah ni ler first time main DOMINO ni..

Kalau nak tahu rules sebenar cam mana main DOMINO ni..google jer senang..
Kejap jer dah keluar contoh rules main DOMINO ni..




 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
Post a Comment