Wednesday, November 16, 2011

Kapten Steamboat & Grill || Recommended

Gambar2 ni diambil masa cuti seminggu deepavali bulan lepas..
Hurmm..nasib baiklah tak leh tido pagi tadi...kul 3 pagi dah sedar terus tak leh tido..
Tu yang banyak masa transfer gambar from hp ayah damia tu..
Kalau tak terperap dalam handphone jer lah gambar2 yang kami snap suka2 ni..

Ok lah...direct to the point!
Ni tempat makan yang agak baru jugak kat JB..
Lokasi kat Taman Suria Muafakat..


Ni menunya..
Ala2 macam konsep Restoran Johnny's tu..
Tapi banyak yang set..bukan buffet..
Nak ala- carte pun boleh..


Ni menu dessert & drinks..
Harga pun tak lah mahal mana..


Yang bestnya ada mini children playground kat sini..
Memang syok lah ayyunie main2 jer kat sini..
Anak riang, ibu + ayah pun gumbira menjamu selera dengan tenang..
Owhh yer..aleesya tak main yer kat mini playground ni..
Katanya tak nak lah..aleesya dah besar...hehe


Ada juga tempat makan berkaca..
Kat dalam ni kena duduk bersila..
Mula2 ibu nak makan kat dalam ni..
Ayah damia kata tak nak sebab takut nanti minyak2 terpecik kat muka sebab rendah sangat..:)


Mula2 order dessert dulu..
Puding karamel...just nice..tak manis sangat..


Macam biasa..boleh pilih sup tom yam atau sup biasa..
Kami pilih sup biasa sebab aleesya nak makan mee hoon sup..


Memang meletoppppss soda bandung sini..
Sampai kat lidah ngan jari jemari pun kemerah-merahan..^_^


Seafood grill..
Yang lain2 steamboat..


Ala-carte..
Ayyunie nak makan nasi goreng lah pulak..:)


Tuan tanah posing dengan FAREEDA lycra nya..:)
Limited edition tu..


Lepas dah habis makan..
Tiba2 terasa nak makan kerang bakar..
So, kerang n seafood2 terpilih memang ala-carte yer..
Dikira berdasarkan timbangan berat yang kita ambil..


Bersungguh2 my chenta hati main masak2 kat sini..
See anak2 ibu!!! 2-2 nak duduk ngan ayah...bagus bagus..hehe


Ratu posing dah sekarang Ayyunie..
Dah ambil tittle kakaknya..:)
Pantang nampak kamera..mulalah senyum2..:)


Otw balik rumah..sempat snap2 dari kereta..
Kapten Grill & Steamboat di terletak di tingkat atas yer..


Ni gambar cun diambil dari FB Kapten Grill and Steamboat


Pun sama...diambil dari FB Kapten Grill & Steamboat..


Bahagian ala-carte..
Kalau siapa2 yang nak cuba seafood2 yang best tu, bolehlah ambil sendiri kat area ala-carte ni..

p/s: Recommended sebab tempat yang selesa, ada tempat sedut asap tu kat atas meja kita, ada mini playground so anak2 boleh leka main sambil2 makan, harga yang berpatutan..tetapi kalau siapa2 fanatik steamboat & grill, makan buffet lagi berbaloi2 kot, ada TV channel astro dan menu yang best!! 

 



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 
Post a Comment