Friday, November 11, 2011

Kaki Lembu || From KB to JB

Jauh kaki lembu ni berjalan..
Dari Kota Bharu ke Johor Bharu..
Btw ni kaki lembu korban yang MIL kirim kepada biras ibu..
So, malam kelmarin baru biras ibu bawak ke rumah..
Bukan setakat kaki lembu..
Macam2 ada...


Ada keropok keping, keropok keping sira, buah delima, daging & kaki lembu korban..
Ada juga kuih muih berinti yang kena goreng dulu tu..


Buah delima ..nyum nyum nyum
Besar2 isinya..
Manis2 pulak tu..


Kaki lembu dan daging2 yang siap2 nak dibasuh..


Bukan itu ajer..
Beras 1 guni pun dikirimnya..
Beras bagus ni..yang berasnya panjang2 sebiji2 tu..
Kalau kat giant, jusco atau tesco..
Mana nak cari beras dalam guni ni kan..


Kebetulan malam tadi..
Ayah damia nak makan Sup kaki power..
Jenuh lah ibu ni potong2kan, pisau2kan, ketuk2kan & parang2kan kaki lembu tu..
Tak juga putus2..
Nak minta tolong ayah damia..dia pulak kerja malam tadi
Last2 ibu rebus jer lah sepuntung kaki cam tu dalam periuk besar..
Dah macam org nak buat kenduri sup pulak rasanya..
Lepas ayah damia balik, barulah dia tolong putuskan kaki lembu tu..
Berpeluh2 gak nampak dia potong kaki lembu tu..


Bukti!!
Pisau besar ni pun dah kemek sikit tau..


p/s: Walaupun jauh, tapi mereka tetap di hati..
p/s: 11.11.11...ayah damia ada job snap2 org kawen ler...


4 comments:

azura samsuddin said...

beras serindit tu mmg femes kat kelantan, mertua zura pun guna beras tu tau sis, x penah lg die pki beras lain ... sup tulang mmg besh, yummmy ;)

mamasuri said...

saya pun tgh tunggu daging korban kiriman mentua gak ni..hehehe...dr kb jugak ni...abis kemek pisau tu...hehehe

kemma said...

bukan kemek skit..tu hehe.sme la tu hr SIL dr kuantan bg...abis bergerigi pisau..skali susah sgt..trus anta kat kipmart suh tlg potong n byr upah 10 henggit..

Mrs. Simplicity said...

kaki lembu tu ada isi ke ayu? adoi, nak soup tulang gak! raya haji tahun ni tak jumpa daging korban tau. huhu..