Tuesday, September 6, 2011

8 adik beradik, 8 tema di pagi raya!!!

Dah jodoh pertemuan di tangan TUHAN kan..
Ibu adik beradik tak ramai...4 org jer..
Ayah damia pula 2 kali ganda daripada ibu..total semua 8..
Ibu anak bongsu..so memang dah tak ada adik dah nak buat2 gaduhkan..
Ayah damia pulak anak no 3 daripada 8 beradik.
Masih ada lagi adik2 kecil yang bersekolah menengah.
Jadi memang ngamlah pertemuan dan jodoh antara kami berdua..
Ibu dapat merasa betapa havocnya family belah ayah damia pabila berkumpul..
Ayah damia pula dapat merasa cam mana nya kehidupan family ibu yang agak privacy sebab masing2 dah bina kerjaya dan keluarga masing2 kan..

Setiap tahun, selepas bergelar isteri kepada KHAIRUDDIN BIN MUHAMMAD..
Memang tiap2 tahun malam raya tidur rumah PIL..
Pagi2 raya WAJIB ader semua anak2+menantu2+cucu2 di rumah PIL..
Dah memang tradisi...nak tak nak memang terpaksa ikutlah kata suamikan..
Tapi tengahari RAYA PERTAMA balik ler rumah mak ibu pulak..

So, tiap2 tahun pasti kecoh pagi2 raya...
Dengan bergambarnyalah...dengan nak makan nasi dagangnyalah...dengan nak ke masjid solatlah..macam2 hal..
Tapi itulah kemeriahan RAYA yang setahun sekali kami raikan..

Oklah...jom kita tgk gambar lah pulak...

Pagi2 raya...lepas dah siap2 makan nasi dagang dengan pelbagai lauk pauk..
Maka MIL dan FIL akan duduk dikerusi..
Manakala anak2+ menantu2 +cucu2 pula akan beratur bersalam mengikut yang paling tua hingga ke muda..
Tu si AMOI AYYUNIE tgh kiss kiss tok ma nya..


Waktu paling sebak..
Sebab setiap tahun mesti ayat ibu lebih kurang macam ni..
"Maafkan ayu che (panggilan kpd MIL) kalau ayu ader terkasar bahasa atau ader yang terlepas cakap...harap che halalkan makan minum ayu sepanjang jadi menantu che"..sob sob..sedih lah pulak.:(
Memang kadang2 menitis air mata kalau berpeluk2kan dengan MIL ni..
Yerlah...takut sangat jadi menantu tak sempurna di matanya kan..huhu


Lepas dah salam2 ngan tok ma dan tok ayah...
Si kecik2 ni pulak akan bersalam2 dengan ayah atau mak saudara masing2 mengikut dari yang tua hingga ke yang mampu bagi duit raya...hehe..ayah2 saudara yang masih sekolah tu takkan nak bagi duit raya pulakkan..


Sebelum turun rumah utk solat raya di masjid...
Acara wajib jugak ni..
Bergambar ramai2 1 keluarga..
Buat pertama kalinya tahun ni 8 adik beradik ayah damia cukup lengkap..
Sebab before ni adik ayah damia yang pakai baju kelabu study kat RUSIA..
Tahun lepas balik...dan lepas tu terus kawin..
So kiranya tahun ni ibu dapat Biras baru dan bertambah lagi ahli keluarga...
Murah rezeki adik ayah damia yg study kat Rusia tu..balik2 jer terus dapat jadi Doktor suami isteri..


Ni cilok dari kamera abang ayah damia..
Cer tengok cer tengok..
Setiap family lain2 temanya kan..
Kalau nak tahu anak2 sapa tu kat bawah ?? tgk pula mak ayah diaorg pakai baju warna apa??
Kami anak beranak tema kuning...ader tema putih hitam, ader tema purple, ader tema kelabu...dan yang tak kawin lagi semua tema hijau..


Tak lupa juga anak bermaaf-maafan dengan ayahnya yer..
Harap2 masa kecik2 ni diaorg faham dan akan terus menerus tradisi ni hingga ke anak cucu kelak..
Yang muda harus meminta maaf kepada yang tua..:)


Dah balik solat RAYA kat Masjid..apa lagi??? Posing time ler...
Owh yer..both damias ikut ibu gi solat RAYA okeyy..
Alhamdulillah...semuanya sangat behave...
Nanti kalau sempat ibu upload gambar2 both damias kat masjid yer..
Snap2 guna HP jer phone..

I love my family...
Sesungguhnya tiada penganti yng dapat mengantikan mereka dalam hidup ibu ni..


Both damias berangan..
Kengkonon potong kek sebab happy birthday diaorg...haha..
Budak2 kecik layan jer..
Belakang tu adik ayah damia yer..
Tu ler pengasuh kuat both damias kat kg sejak2 tak der bibik ni...hehe


Amoi Ayyunie beraya dengan rambut baru..
2 hari nak balik RAYA, potong kat Loreal...hehe
Si kakak, cam biasa ler..control cun!!!


Si Amoi Ayyunie yang memang menjadi perhatian sekampung (hehe..pandai jer) dengan keletahnya..Ayyunie ni peramah tau...tak macam kakak dia..pendiam sikit...tapi ayyunie ni mudah takut org..kalau dah takut..duduk atas dukung jer lah jawabnya...that's why ayyunie menjadi rebutan ayah/mak saudaranya bermain berbanding Aleesya...


Hahahaha..ni apa kes ni???
Sian anak ibu yer..
Apa2 pun pengalaman beraya ramai2 cam ni memang seronok..
Kebetulan pulak biras2 semua org kelantan...so memang tiap2 tahun akan beraya bersama lah kan..
Tak macam adik beradik ibu...biras2 semua org luar kelantan..
So, dalam 1 tahun tu pasti ada jer yang tak cukup korum...huhu

p/s: Uols meriah tak setiap tahun RAYA??? semua adik beradik wajib balik erkkk kalau RAYA??

p/s: Bila terfikirkan keadaan macam ni...mulalah berfikir sedetik di hati sendiri..
"haishh..aku nak anak 2 jer ni...dua2 pulak tu perempuan..nanti esok2 dah besar, mesti diaorg ikut cakap suami masing2 kan..ntah2 RAYA masa tu..2-2 pun tak balik rumah aku...sob sob sob.."
Ni yang tiba2 terlintas nak beranak pinak lagi ni walaupun hati kami suami isteri dah nekad nak 2 anak jer...huhu..

 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!! 
 
Post a Comment