Kebetulan agaknya..
Masa 1st episod tgk cerita ANISSA tu, dah rasa macam best jer citer ni..
Terus setiap hari selasa, rabu dan khamis malam..
Mesti layan cerita ANISSA ni..
Mostly layan kat kedai makan/ restoran feveret lah..
Sebab balik keje malam dah kul 10 lebih..
Kebetulan nak makan malam (makan nasi pulak tu...huhu)
Terus layan cerita ANISSA ni..
Dengan syarat kedai makan tu buka TV3 lah kan....hehe..
Kalau tak.... sanggup makan cepat2 balik tgk kat rumah...tak pun tapau jer makanan...
Suka tgk ANISSA ni sebab 2 perkara:
1. Suka tgk jatuh bangun menjalankan perniagaan/ syarikat...dari situ dapatlah sedikit ilmu cam mana nak handle masalah2 yang datang...terutama masalah daripada orang yang terdekat dengan kita kan...
2. Dari sehari ke sehari tak sabar nak tahu bila Anna (Fiza) akan dapat tahu yang dia tu adalah madu kawan baik dia sendiri merangkap share patner dalam business dia...haishhh..hint dah depan mata...tapi Anna tu lurus bendul lah pulak...may be dia sentiasa bersangka baik kot..
So ader siapa2 lagi layan cerita ANISSA ni??? Ayah damia lagi suka layan cerita ANISSA ni dari NORA ELENA...sebab katanya ANISSA lebih realistik, manakala NORA ELENA lebh kepada cerita rekaan semata2...walaupun mungkin wujud segelintir lelaki macam SETH TAN tu...hehe
(Oppss...jangan kata ayah damia tak romantik pulak...dia romantik style dia apaaaaaaaaaaaaaa)
Kat bawah ader sinopsi Drama Anissa...Jom Layan..
Sinopsis Drama Anissa
Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula tmbu dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.
Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?
Happy Watching!!!!
Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
6 comments:
Saya pun suke citer nie...mmg sentiasa tunggu...!
ibuayu pun layang cerita ni..sentiasa suspen..
me lom sempat layan mana2 citer sejak balik msia ni eheh tak cukup masa nak layan blog :p
xsmpt tgk lagiiii,tp penah gak tgk iklan2 die kt tv,mcm best
sayaaaaaaaaaaa...tapi termissed 2,3 episodes...maknanya loni shila tahu doh la balkis nikoh nge farid?
saya layan cerita ni kak.suka sangat tengok cerita2 macam ni.how women handle business.sbb dulu pernah berangan ngn kawan2 nak buat biz ala2 cani la.huhu
p/s:xsuka la farid dalam cerita ni.nyampah.pandai bermuka-muka
Post a Comment