Tuesday, July 5, 2011

Resepi ayam masak beriani

Semalam walaupun tak kerja..
Tapi sibuk mengalahkan kerja jugak...
Ke hulu ke hilir dari pagi sampai petang...
Pastu sempat ke jusco beli barang2 rumah utk stok sebulan..

Balik rumah jam 4:30 petang..
Tiba2 datang idea nak masak NASI BERIANI dan AYAM MASAK BERIANI utk juadah buka puasa semalam...
Tak pernah try lagi masak Nasi Beriani dan Ayam masak beriani ni...
Lepas tu cepat2 google cari resepi..
Macam2 versi ada...
Ada yang simple dan ringkas..
Ada yang agak susah..
Dan hasilnya, ibu buat resepi sendiri2...sebab cedok resepi sana sikit, sini sikit...

Jom tgk resepi  AYAM MASAK BERIANI


Bahan-bahan untuk tumis:

Bawang putih (blend)
Bawang merah (blend)
Halia (blend)
Cili kering (blend)
Bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah keras

Bahan-bahan lain:

Santan 1 biji kelapa
Ayan 1/2 ekor (diperap dgn rempah beriani 1/2 jam)
Tomato puri 2 sudu
Rempah beriani 3 sudu
Daun sup dan daun saderi dipotong2 kecil
Lada besar warna hijau
Sedikit kismis..

Cara-cara untuk membuatnya:

1. Tumis bahan2 yang diblend bersama dengan rempah ratus.
2. Kemudian masukkan rempah beriani
3. Apabila pecah minyak, masukkan ayam yang telah diperap dengan rempah. Masukkan sedikit air dan masak sampai kering sedikit.
4. Kemudian masukkan santan dan masak sampai ayam betul-betul empuk dan hampir kering.
5. Apabila dah hampir kering, masukkan daun sup, daun saderi, kismis dan tomato puri beserta lada hijau.
6. Biarkan seketika dan naik bau.
7. Siap dan boleh dihidangkan..

p/s: Alhamdulillah....lauk menjadi cuma nasi beriani jer lembik sikit... mungkin salah sukatan air kot sebab guna BERAS FAIZA BASMATHI kan...tak pun sebab masak dalam rice cooker dan bukannya kat atas dapur...ader sapa2 ader idea macam mana tak nak bagi nasi beriani lembik???


Hidangan berbuka semalam..
Ayam masak merah
Ayam masak beriani
Papadam
Lompat tikam
Kuih talam sarawak
Kuih talam keladi
Air bandung cincau

Cam mana?? Meriah tak??? macam buka puasa musim Ramadhan pulak rasanya...

Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 
Post a Comment