Friday, July 8, 2011

Kisah Benar dan ngeri || Pelajar dirogol, ditikam, dibunuh, dipotong badan dan dibakar.

Fuhh memang seram tau pabila dapat tau kisah pembunuhan ni dari mulut kawan-kawan mangsa pembunuhan tu sendiri tau...kawan-kawan mangsa tu means kawan2 yang satu sekolah dengan mangsa...kebetulan pulak kawan2 mangsa adalah students yang belajar kat centre ibu...apa lagi..tanpa perlu banyak tanya, diaorg yang bercerita sendiri sebab memang kes ni dah 2-3 hari masuk suratkhabar pun..cuma ibu jer tak berapa alert sgt..bila diaorg dah bukak citer pasal pembunuhan ni...barulah sibuk2 nak amik tau kan...huhu

Memang tragis dan ngeri pembunuhan tu..
Dari sumber yang dicerita..
Mangsa tingkatan 4, 
Balik 2 pagi selepas main futsal ngan kawan2nya..
Pastu pakwe budak tu hantar lah balik mangsa ke tempat tinggal mangsa..
Katanya tinggal kat kuarters tempat keje
Otw nak ke rumah tu..
Ader india 1-2 org (tak sure bilangan sebenar), rogol si mangsa..
Kemudian lepas rogol kena tikam dan bunuh..
Bukan setakat tu ajer..
Lepas bunuh boleh pulak kerat si mangsa kepada beberapa bahagian..
Pastu utk mengelirukan pihak berkuasa...bahagian yang dipotong dibuang berasingan dan dibakar..
Nauzubillah....
(Itu apa yang didengar dari mulut budak2 yang berceritalah..kesahihan cerita tak pasti 100%)



Semalam sempatlah ibu buka FB mangsa tersebut..
Sebab ader few of students ibu yang memang friends ngan si mangsa..
Memang cantik rupa si mangsa..
Tapi dari gambar2 dalam FB tu, nampak si mangsa agak seksi...
Apa2 pun...kita yang hidup ni hanya mampu sedekahkan AL-FATIHAH utknya..
Semoga tenteram dan aman DISANA...
Marilah sama2 kita sedekahkan mangsa AL-FATIHAH..

Ni petikan cerita yang copy paste dari HARIAN METRO...


BUKTI ...anggota forensik membawa tulang mangsa 
ke Hospital Sultan Ismail, semalam. Gambar kecil (kiri) Nurrahayu Qomarodin dan Umidah Setu.
BUKTI ...anggota forensik membawa tulang mangsa ke Hospital Sultan Ismail, semalam. Gambar kecil (kiri) Nurrahayu Qomarodin dan Umidah Setu.
JOHOR BAHRU: “Tolonglah, kami merayu kepada pihak berkuasa supaya mencari kepala arwah secepat mungkin, kami reda dengan apa yang berlaku tapi tidak tenang selagi belum dapat mengebumikan jasadnya,” kata ibu mangsa pembunuhan kejam Nurrahayu Qomarodin, 16, atau Ayu.
Umidah Setu, 49, berkata, mereka sekeluarga yakin kecekapan polis menjalankan siasatan, namun berharap pihak berkuasa dapat menemui kepala arwah anaknya secepat mungkin.
Katanya, sikap dan kelakuan Ayu sebagai anak tiada cacat celanya dan disifatkan sangat baik serta mendengar kata.

“Ayu sangat manja, mukanya tidak pernah masam sebaliknya hanya tersenyum manis. Jika kena marah, arwah tidak akan melawan sebaliknya lebih suka berdiam diri dan menurut perintah kami.


“Arwah juga ringan tulang kerana suka membantu orang dan kadang-kadang tolong kami menjual air minuman dengan menaiki van di kawasan berdekatan,” katanya.


P/S: Biarlah kita mengongkong kebebasan anak2 sedikit...supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku...kadang2 hairan dengan sesetengah sikap ibu bapa yang terlalu mengikut kehendak anak2 dan ikut kepala anak macam balik malam, pakwe hantar balik dan so on....uishhh...zaman ibu dulu jangan haraplah budak lelaki dapat telefon ke rumah..siap interview panjang jela...jangan haraplah nak ikut ke mana2 lawatan sekolah unless ke penjara dan pusat serenti...dan macam2 jangan lagi lah masa zaman ibu sekolah2 dulu...




 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 
Post a Comment