Thursday, July 31, 2014

Shopping di Pasar Siti Khadijah


Last day di bumi kelantan..
Maka kami anak perantau ni semestinyalah nak beli atau shopping apa yang patut utk dibawa balik JB sebagai bekalan kan..

Destinasi utama semestinya Pasar besar Siti khadijah lah..

Tapi nak ke Kota Bharu ni jammed lerrr jawabnya.. Nak2 raya keempat ni org dah mula kerja dan shopping. Makanya saya dan ayah damia pun naiklah motor dating berdua merempit ke bandar kota Bharu. Cuaca dah lah panas amat. Muka saya merah kepanasan dah walaupun ada visor pada helmet menutup muka. Yang bestnya tak sampai 15 minit dah sampai sini.

Antara barang wajib beli adalah keropok keping yang best (banyak ikan bukan banyak tepung), budu setengah dozen, pencicah kerepok jenama ummi, seluar kain pelikat dan lain2.

Dah lepas shopping, singgah makan udang besar dan sotong besar pula. Harga boleh tahan mahal lah ikut saiz. Tapi sekali sekala balik, makan jugalah kan. Ayah damia wajib order mee celup kegemaran dia. Opsss gambar tak sempat snap lah. Syokkk sangat makannn..

Ok lah, otw nak pergi beraya dulu.. 
Post a Comment