Saturday, July 19, 2014

Hasil Jemari Saya || Jahit baju sendiri


Yeayy!
Finally siap juga saya jahitkan Jubah Dress Raya untuk Aleesya dan Ayyunie. Siap jahit lace. Siap jahit manik. Simple je pun tapi yang pasti anak-anak tengok sendiri terbongkok-bongkok saya jahit baju2 tu. Sakit tulang belikat weiiiii..

Btw dah hampir setahun lebih saya tak pegang mesin jahit since sibuk dengan CocoDamia ni. Dulu2 saya jahit juga kebaya kanak2. Sekarang mana ada masa. Tapi anak-anak happy. Ayyunie baju tak siap lagi dah try. Harini baju siap lagi happy dia. Siap nak pakai harini terus nak berbuka puasa kat luar kejap lagi.

Aleesya lagilah. Siap cakap " boleh tak kalau ibu tak kerja kat kilang cocodamia, ibu jahit je baju kat rumah". Macam2 ya peel anak2 ni. Hiks..

Semalam fokus 3 jam, harini fokus 3 jam. Boleh pun siap 2 pasang baju untuk anak-anak kan kalau kita betul2 nak dan kuatkan semangat. Hihi..


Tujuan utama saya jahit baju sendiri kalini sebab dapat hadiah kain dari UMK masa bagi talk tempohari. Tu dalam beg hitam polkadots tu kainnya. Banyak juga cenderahati yang diberi oleh pihak UMK. Bunga besar dan buah-buahan tu saya tinggalkan rumah mertua saya. Macam mana nak angkut naik flight kan.

Yang bestnya tu cek dari UMK baru sampai office saya beberapa hari lepas. Alhamdulillah, org lain dapat bonus kerajaan bagi, saya pun dapat bonus Allah bagi..:-))

Dress saya tu beli ready made. Saya cuma touch up dengan manik2 je. 

Oklah nak siap2 iftar di Pontian ramai2 dulu ya.


Post a Comment