Wednesday, July 16, 2014

Iftar II Bersila makan dalam dulang

Ok, haritu Iftar buffet ramadhan atas pokok..


Semalam Iftar bawah pokok ya.. hihi
Dah tak tahu nak makan kat mana..
Asyik2 tempat sama je.
So kalini ubah selera decided makan di Pomegranate Garden Restaurant.


Tempat semua dah penuh. Sebab sampai pun lambat. 
Jam 7:10 petang baru sampai gara-gara terlambat sikit ambil Aleesya dari sekolah.
Tapi memang rezeki kami sekeluarga ada satu sahaja lagi tempat kat corner.
Macam perancangan Allah untuk kami tu dah diaturkan.


Ayyunie cakap "nak sleep lah kat sini"
Tempat bukan main luas lagi..
Boleh golek sana golek sini..
Bantal pun banyak.


Saya yang kepenatan.
Sibuk ke hulu hilir dari pagi sampai petang.


Mula2 ingat nak order menu ni.
 Sekali memikirkan portion makanan yang besar dan takut tak habis, kami order set lain.
Actually ada banyak set. Pilih je nak yang berapa orang makan.


Kami order set lamb kabshah dan chicken mandy.
Alhamdulillah....sedap..lamb lembut sangat! Lagipun dah banyak kali makan kat sini.
Rasa memang best. Cuma kalini dihidangkan dalam dulang @ pinggan besar.

Oh ya makanan kami lambat tiba. So kami order mushroom soup dan nugget sebagai alas perut dulu. Kemudian solat kat area dalam (terbuka) dan barulah nikmatnya makan nasi tersebut.

Ni bekerja bukan untuk sesuap nasi dah, ni bekerja untuk 4 suap nasi ke mulut masing-masing. Hihi..

Teringat kenangan masa makan-makan dalam dulang kat Mekah. Siap ada kepala kambing seekor atas nasi tuh!



No comments: