Set ni saya beli masa Asean Consumer Fair di Brunei minggu lepas. Kat Pavillion Indonesia. Murah pulak tu promosinya. Hanya 10 Dollar Brunei sahaja (Please jangan convert duit kita).
Dalamnya terdapat 2 botol shampoo, 1 botol conditioner dan 1 botol hair mist. Lepas bayar dibaginya percuma pula 1 kotak teh slimming. Woww, terkejut saya.
Saya dah pakai. Memang rasa segar je bau dan rasanya. Yang paling teruja sebab first time guna hair mist ni. Sebelum pakai tudung, spray dulu hair mist ni ke kepala. Lepas tu kita akan rasa kepala berangin dan wangi je. Lepas 3-4 minit baru pakai tudung.
Uolss pernah cuba ke set Penjagaan Rambut dari Sari Ayu ni?
No comments:
Post a Comment