Recommended!
Great food for the Great Value..
Ada lebih 50 hidangan makanan.
Bagi pencinta makanan barat dan Itali, harus cuba makan disini.
Makanan semua best-best.
Surau pun kat sebelah je. Azan berkumandang dengar kejelasan.
Sempat solat maghrib berjemaah lagi.
TQ staff saya Asmah yang recommendkan tempat ni.
Ahad 2 hari lepas, kami iftar disini.
Kami sampai dah lambat. Jam 7:15 petang baru sampai sesudah ambil Aleesya di sekolah.
Masa kami sampai, rata2 dah ambil makanan masing2.
Wahhh terliur dengan aneka mee dan pasta kat sini.
So kita try mee kari dan meehon soto dulu.
Semakin hampir waktu berbuka, semakin surut orang beratur mengambil makanan.
Dekorasi yang nampak class dan cozy.
Ni bahagian pasta dan aneka mee.
Ni bahagian aneka kuih muih dan pemanis mulut.
Bahagian lauk pauk dan sayur.
Perghh boleh tahan best lauk2nya.
Bahagian aneka sambal dan tauhu goreng.
Ni makanan yang saya ambil.
Lepas makan mee kari saya pula bergegas menunaikan solat maghrib.
Ayah Damia awal2 lagi dah solat maghrib berjemaah.
Ni gambar-gambar yang saya ambil dalam FB D' Jendela.
Aneka sup!
Macam2 aneka kuih.
Setiap hari berubah-ubah kuihnya.
Tapi serius kuihnya memang best2.
Lauk pauk dihidangkan dalam belanga.
Paling best saya makan haritu kambing masak tomato.
Lembut je daging. Tak berbau kambing langsung.
Perghh, buah-buah pun banyak pilihan.
Masa saya haritu ada buah anggur. Buah laici tak ada.
Dalam lesung tu ada sambal hijau (sebiji rasa macam kat bandung), cencaluk dan sambal belacan.
Ni bahagian dalam. Ada air-cond.
Ni bahagian luaran. Oh ya Cafe ni berada dalam kawasan perumahan. Sampai sahaja kat guard Perjiranan 11, memang dah nampak D'Jendela Cafe ni.
Ni harganya!
Murahkan!
Bagi saya ini memang betul2 great food for great value.
Masakan yang sedap dan ada rasa, dekorasi yang class dan cozy serta kemudahan surau disebelahnya, ia betul2 membuatkan kami rasa sangat selesa disini walaupun ruang yang agak terhad. Oh ya cafe ni milik Tengku Hassan dan isterinya.
Dan kami makan haritu pun REZEKI atas REZEKI.
Ayah staff saya Asmah tu nak bayarkan untuk kami sekeluarga (kebetulan dia pun makan kat situ bersama staffs dia), then tuan cafe ni pula belanja ayah staff saya dan staffsnya bersama kami sekeluarga.
Allahuakbar!
Memang betul2 rezeki kami bersama.
Semoga tuan cafe bersama ahli keluarganya dimurahkan rezeki.
Aaaamiin.
Kepada uols yang nak cuba berbuka disini, boleh try call no telefon seperti dalam gambar diatas ya. Booking dulu, nanti full house!
No comments:
Post a Comment