Friday, July 4, 2014

Harga lagi murah dari Lazada, Groupon atau Mydeal

Saya nak kongsi pengalaman masa saya di Brunei. Selain dari hall utk Asean Country di main hall iaitu purple zone, terdapat banyak lagi zon-zon warna lain yang menjual serta mempromosikan produk masing-masing.

Tapi disetiap zone mesti sahaja ada orang-orang cina yang menjual barang peralatan rumah yang mana ia memudahkan para isteri2 membuat kerja rumah.

Dan barang2 peralatan itu adalah yang biasa saya ternampak dalam Lazada, Groupon atau MyDeal. Memang menjadi hobi saya survey2 atau saja2 scroll down apa promosi terkini di laman2 shopping online yang saya nyatakan tadi. Terutama kalau long journey, saya duduk disebelah tanpa buat apa-apa dan juga kalau tak boleh nak tidur. Apa org kata, cuci mata dalam online pun boleh lah. Ntahlah menjadi hobi saya pula tgk barang2 peralatan rumah ni dari tgk baju2 atau tudung2 online.

Tapi harganya Ya Robb, boleh tahan murah. Tapi please jangan convert to RM lah. Ok lah ok lah.. Kalau nak convert dalam RM pun still murah juga. Yang mahalnya cuma tambang nak bawa balik barang2 tu dari Brunei ke Malaysia je lah. Untunglah orang2 Brunei. Patutlah uolls shopping sakan barang2 ni kan.

Untungnya saya sebab saya dapat pendapatan dalam Brunei Dollar. So ni need nak fikir convert2 dah. 

Ok jom kita tgk antara (sebenarnya banyak lagi) barang2 yang sempat saya snap dan kita compare dengan harga dalam Lazada, Groupon dan MyDeals.


Dah lama saya nak food processor ni. Tapi asyik cakap nanti dulu nanti dulu.


Harga pun RM68 je. Bukan mahal pun. Berkira2 nak beli sebab takut tak guna.


Sekali masa kat Brunei, yeayyy saya terbeli juga. Harga first day BD$35. Last day BD$40 utk 2. Tak ke jimat tu? 


Kalau convert duit RM pun still jimat lagi. Yeayy! Nanti saya ceritakan macam mana ada kakak warga Brunei ni dahulukan duit dia dulu utk saya beli processor ni.


Yang ni saya ada post kat IG dan FB. Saya tanya pendapat murah tak harga BD$299. Kalau yg old fashion sikit dapat harga BD$199. Ada yang bagi komen murah sangat. Siap free pot lagi. Ada macam2 perasa pot tu.


Ni harga kat Groupon. Ok lebih kurang sama nilai RM kalau convert. Tapi tak dapat free pot tu.


Ni pun antara barang yang saya nak beli. Sebab mengoreng tanpa minyak kan. Saya dah tgk staffs philip buat demo goreng fries dan jejari ayam tanpa menggunakan setitik minyak pun. Ya Allah kagum saya dengan teknologi ni. Sekejap pula tu, dalam masa 6/7 minit dah siap mengoreng. Garing tau! Sambil goreng tak yah fikir hangit ke apa ke sebab kita boleh control timer dan suhu.

Dulu2 harga mahal giler.. Ribu2.. Ni dah turun sikit harganya RM900 lebih sahaja. Pun still mahal lagi rasanya. Kiki..


Tapi utk jenama dan fungsi yang sama cuma warna sahaja berbeza, boleh dapat harga BD$209! Huaaa nangis tgk harga tu. Saya siap promote kat rakan2 usahawan yang terlibat dengan aktiviti mengoreng ni seperti usahawan roti boom dan usahawan Jejari tempe lagi tau suruh mereka beli air fryer ni. Currently diorg guna deep fryer. Kan jimat minyak masak kat situ. Diaorg pun siap bawa produk masing2 lagi gi test. Dan successful. Rasa dan tektur seperti yang asal.

Ada lagi satu jenama AIFA (jenama dari Brunei) jual air fryer yang kapasiti sama dengan philips ni hanya BD$99 sahaja! Ini mau meraung kuat2 ni. 


Yang ni pun saya kagum tgk org demo tu buat demo. Mop tu siap boleh berdiri sendiri lagi tanpa sokongan. Mengemop tanpa basuh mop menggunakan tangan. Haishh.. Rasa semua nak beli. Harga online RM65. Harga kat Brunei BD$90 utk 2 set. 


Hah yang ni pula ayah damia yang bersungguh nak beli. Teruja ayah damia tgk demo masa kat Brunei tu. Kagum dengan internet TV Box tu. Kat rumah saya dah 2 tahun guna Skybox. Astro bye2 selama 2 tahun juga. Ya lah bila masa nak tgk TV. Cer royak.. Cer royak.. Kalau layan TV pun masa dalam kereta je lah.. 

Tapi harga pun lebih kurang sama je. Kat sini RM289. Kat Brunei pun sama BD$289. Tapi ada lah free itu ini. Tak amik port sangat sebab tak minat. Kih kih..


Fuhh yang ni pula bukan main ramai lagi org beli tau. Tapi harga RM lagi murah. Yang kat Brunei haritu BD$350 harganya tapi percuma slow juicer yang macam selalu ada kat Groupon dan Mydeals tu yang worth RM399 tak silap. Ramai org2 MOA beli tau. Sudahnya 2 kotak besar gedabak dah kena add on bayaran luggage. Ratus2 juga diaorg kena. Tak pe lah buat kenangan beli barang dapur kat Brunei kan.

Dan ada lagi satu yang 50% orang brunei beli adalah Magic Pan (pemanggang ajaib) tu. Sorang jalan bimbit magic pan tu. 2 orang jalan bimbit magic pan tu. Kalau 10 jalan, 6 orang mesti bimbit magic pan tu.

Saya pun tanyalah adik yang beli magic pan tu berapa harga? Diaorg cakap BD$99. Beli satu percuma satu. Oooo patutlah ramai yang beli.

Saya beli dulu pun yang jenama HiG RM100 satu. Lepas tu jumpa yang murah  kat Bangi. Beli lagi 2. Tamak punya pasal sebab murah lah dari harga asal RM100 tu. Sudahnya sampai sekarang ada kat stor. Ada sesiapa nak beli? Warga JB sahaja. Senang nak datang ambil kat office saya. Haha..

Dan begitulah kisahnya di Brunei. Patutlah orangnya kaya2, sebab makanan minuman murah, fasiliti asas ada subsidi dan barang2 peralatan rumah pun murah. Sultan kaya, rakyat pun kenalah kaya kan.

Nanti saya story lagi cerita2 di Brunei ya!

P/s: Oppsss semalam saya terbeli "cyclone vacuum cleaner" seperti dalam Lazada tu. Harga sure lagi murah dari online kan. Nak tahu tak saya beli kat mana? Nanti erkk saya update. Nak vacuum rumah kejap guna vacuum baru.. Haha..










No comments: