Thursday, July 24, 2014

Iftar di D'Jendela Cafe lagi

Baru hari ahad lepas beriftar disini, selang 2 hari kemudian iftar lagi disini.
Nak buat cam mana?
Sheperd pie memanggil-manggil.

Kalini kami sampai awal sikit.
So sempat lah menikmati pemandangan aneka makanan yang dihidangkan.
Lagipun hari tersebut orang awam tak ramai sebab dah reserved untuk anak-anak yatim.


Aneka buah-buahan yang menjadi perhatian pertama kami.
Buah mata kucing tu besar2 dan gemuk2.
Buah pulasan pun sama. 
Pisang lagi lah. Besar-besar. Teringat pisang2 kat Madinah dan Mekah.


Juadah yang kami ambil.
See, buah-buah tu wajib ambil.
Dan semestinya Shepherd Pie dan Grill Chicken yang marvelous itu!


Mula-mula call dalam jam 4:30 petang, person in charge cakap penuh sebab ada event anak yatim kan.
Lepas tu dioarg call back cakap ada kosong sebab ada org cancel booking.
Alhamdulillah, rezeki kami.


Yang bestnya tu, selain dapat keinsafan dan beramah mesra secara tidak langsung dengan anak-anak yatim ni, saya juga dapat jumpa jiran lama saya, bekas anak murid saya dan juga ayah staff saya. Semua tu ketentuan Illahi kan. Saya siap makan bersama bekas student saya lagi sambil sembang2.


Masing-masing beratur untuk ambil duit raya dan goodies dari YM Tunku Hassan selaku owner Cafe ni.
Semoga Tunku dimurahkan lagi rezeki bersama keluarga.
Lepas ni dah habis ramadan, boleh makan menu ala-carte pula ya kat sini.



Post a Comment