Tuesday, July 15, 2014

Tahniah suamiku dapat gelaran Dato'


Kisah Benar yang berlaku pada hari sabtu lepas. Sebelum kami gerak untuk photoshoot Raya bersama Royal CocoDamia

Kalau dia Dato', saya Datin lah kan?

Giler. Ini memang kerja giler!

Jam 12 tengahari tadi suami saya dapat panggilan telefon daripada seseorang. Saya perhatikan bukan main senyum meleret lagi dia sepanjang dia menjawab panggilan itu.

Dalam hati saya terfikir 2 perkara je. Senyum membawa rezeki atau senyum sinis.

Habis jawab panggilan tadi, tak sempat saya tanya, suami yang datang cerita kepada saya. Dia kata "sayang nak tak dapat gelaran dato'?

Haishh saya dah muka blur-blur ni. Sekali dia kata ada org offer dia jadi Dato'. Kalau dari negeri XXX, bayaran RM300K, kalau dari negeri XX, bayaran RM250K.

Haha, masa suami saya cakap tu, saya punyalah nak ketawa. Saya siap cakap "haha, nak dapatkan Dato' pun ada harga". Dunia.. Dunia..

Eh suami sambung lagi, dia kata "kalau nak yang murah sikit ada dari luar negara XXX, bayaran RM70K sahaja". Orang tu siap tambah "Saya selalu mengikuti perkembangan En Khairuddin, dan saya rasa En Khairuddin dah layak dapat Dato'".. Kikiki.. Seram sejuk je saya dengar. Tapi dah tau ini strategi nak bagi hati kita bunga-bunga kan. Hikss..

Dan orang yang membuat panggilan tu tambah "kalau En Khairuddin nak, kena cepat sikit. Bulan 10 istiadat pertabalan. Nak tempah baju, nak tempah pingat, nak tempah selendang, nak uruskan passport dan tempat tinggal disana". Adoii tergaman saya dengar. Tak sangka ada juga agensi dapat gelaran Dato'. Ingat agensi pembantu rumah je. Dunia oh dunia!

Then tak sampai 5 minit, org tu call lagi. Bagitau nanti dia uruskan dapat surat sokongan dari orang besar Johor utk recommendkan dapat Dato'. Ayoyo tak terkata saya dan suami.

Suami saya pun sebab rasa tak selesa dengan panggilan tu, berulang kali buat helah rushing bagitau nanti bincang dengan wife saya dulu kalau dia nak jadi Datin. Kalau dia tak setuju saya kena tambah bini lain lah nak dapatkan gelaran datin. Kikiki baik punya helah ya bang!

Astagfirullahalazim..
Mengucap panjang kami berdua..
Gelaran pun boleh dibeli?
Yang tahu bagaimana kami berdua berusahanya nak sampai ke harini, mesti tahukan apa keputusan kami?
Dunia oh dunia.

Yang berkongsi pengalaman mendewasakan,
Dato' K dan Datin Z




Gambar sekadar hiasan. Throwback Ramadan tahun lepas. Semoga Allah menjaga hati kami berdua.


Kikiki, since sabtu lepas lagi ramai kawan2 panggil saya datin. Segan juga. Lepas tu ada juga kenalan-kenalan baru saya pun salah faham ingatkan saya ni betul2 datin. Ayoyoyo..
Apa-apa pun kita kena Aaaaamiinkan..
Mana tahu masin mulut kawan-kawan kan..
Kata-kata kan merupakan satu doa.

No comments: