Sunday, July 20, 2014

Buffet Ramadan serendah RM20 sahaja.

Hujung minggu yang sangat penuh dengan makan-makan.
Jumaat sibuk dengan Iftar bersama para staff di Johor Golf & Country Club.
Semalam pula sibuk berkonvoi dengan kawan2 kelab kereta makan burasak di Pontian.
Disamping sibuk ke sana sini top up stok Royal CocoDamia Chocolate ke Pusat sehenti kuih dan biskut raya.

Yang tu nantilah saya sharekan cerita ceriti kami ya.
Ni nak share tempat makan buffet murah, tapi ada pelbagai jenis menu.
Tapi uols janganlah anggap menu banyak macam kat hotel pula kan.

Btw dah 2 kali saya makan kat sini..


Kali pertama saya gi makan ahad lepas. 
Ruang makan agak terhad. Boleh muat anggaran 25-30 orang sahaja.
Tapi bagus juga tak ramai orang. Senang nak ambil makanan. Hiks..
Tenang je rasa.
See, aneka kuih muih, lauk pauk dan dessert kan ada.
Pendek kata berbaloi2 dengan harga RM20 tu.


Hah tu Aleesya balik dari sekolah terus datang sini.
Masa ni tak pakai tudung lagi waktu ada Pendidikan Jasmani. 
Alhamdulillah, harini dah start pakai tudung waktu ada pendidikan Jasmani.


Ni pula saya gi 4 hari selang selepas kali pertama gi iaitu hari khamis lepas.
Agak2 dah tak tau nak makan kat mana, kat sini pilihan kami. 
Ayyunie suka makan kat sini sebab tak crowded dengan orang kan.
Lagipun Ayyunie suka makan mushroom soup dan bread tu.


Pergh, kangkung goreng belacan tu best. Basuh tangan dengan sabun pun tangan masih bau belacan tau. Kikiki


Menu ada yang berubah-ubah mengikut hari.
Feveret saya haritu adalah ulam "sambung nyawa".
Dah lama tak makan.
Dulu2 mak tanam kat pasu je ulam ni.


Sandwiches pun sedap.


Ada juga pasta, mee goreng dan kuew tiaw.
Pendek kata Alhamdulillah...memang puas hati makan sampai kenyangkan.
Janji menu tak banyak sangat dan tak lah membazir.


Btw owner Fun to eat Cafe ni adalah sama dengan Owner Restoran Ubi Kayu yang beroperasi dibawah office saya. Cuma restoran tu dah 2 tahun tutup. Dan sekarang buka dengan nama lain di Taman Pulai Perdana.

Kepada sesiapa yang santai-santai nak buffet ramadan, bolehlah hubungi Aza seperti no tel yang tertera diatas ya. Kena call book dulu ya. Takut ada group yang masuk.




No comments: