Tuesday, July 8, 2014

Kasut Raya katanya!


Tapi tak sempat tunggu raya dah pakai!
Cam mana tu?

Alhamdulillah, tahun ni persediaan raya dah beli barang sikit-sikit sejak awal lagi. Pendek kata hampir lengkap sebelum bermulanya 1 Ramadan lagi.

Al-maklumlah, setiap kali ada event je, mesti ada yang tersangkut nak beli itu ini kan.

Tu kasut2 both Damias beli kat Plaza Angsana masa ada event kat situ baru2 ni. Both Damias yang pilih sendiri nak kasut ankle boots macam tu. Ikutkan Ayyunie nak beli kasut boots yang sampai betis tu. Feeling2 nak gi Jepun ya dik!

Seluar raya pulak beli sebab ada promosi kat Aeon. Beli sehari nak ke Brunei haritu.


Sekali??? Ayoyoyoyo, tak sempat tunggu raya dah, hari nak ke Brunei tu dah pakai.  Tak pe lah anak2, ibu bagi chance pakai. Lepas tu simpan elok2 pakai raya pulak. Lagipun kasut raya tahun lepas pun baru beberapa kali pakai. Boleh recycle semula.

Insyallah, raya tahun ini dalam kesederhanaan dan yang paling penting kami happy dan mendapat keberkatan daripadaNya.

Post a Comment