Monday, July 21, 2014

Iftar bersama para staff di Johor Golf & Country Club

Alhamdulillah, tahun 2014 kali ini dapat sekali lagi bersama-sama meluangkan masa untuk iftar dengan para staff  Pusat Bahasa Pelangi dan Pelangi Network Management (CocoDamia).

Kalau tahun lepas lebih meriah kerana bersama-sama dengan anak-anak yatim sempena 10 tahun penubuhan Pusat Bahasa Pelangi, kali ini tidak kurang juga meriahnya dalam kesederhanaan.

Saya dan ayah damia pergi booking tempat ni since hari ahad lepas lagi. Nampak class dan cozy. Terus tanpa fikir panjang booked tempat ni.


Janji dengan para staff jumpa jam 6:30 petang.
Tapi kami terawal 5 minit. Hihi.
Ada green view (padang golf) dan blue view (swimming pool).
Tapi kami pilih dalam cafe sebab ada air-cond kan.
Dekat dengan tempat ambil makanan pun ya. Hiks..

Sampai-sampai sini tengok ada ramai juga yang mandi manda dalam swimming pool.
Adoii, Ayyunie yang tak tahan godaan tengok orang mandi dalam swimming pool tu siap tanya
"Kenapa tak bawa baju swimming siap-siap?"
Tu orang cinalah dik. Diaorg mana puasa kan. 


Tak boleh mandi, celup-celuop tangan pun jadi le.


Aleesya pun main celup-celup tangan juga.


Kami berdua hanya memerhati sahaja.

Oh ya masa ni dah start ramai orang. Ada group KPJ dan MRSM serta company2 lain yang berbuka puasa kat sini juga. Meriah memang meriah.


Haishh. Cam biasa, sebelum start berbuka dan tunggu yang lain tiba, meh ler kita pusing2 dan ambil gambar dulu ya.
Boleh tahan ramai juga orang main golf waktu ni.
Ater kata Golf Club kan.


Ok, senget2 sampai ambil gambar.


Lepas tu kami turun ke bawah sikit jalan2 amik gambar.
Saya apa lagi? Bawa keluar le monopod saya kan.
Nasib baik staff-staff saya memahami. Hihi..


Saya kat belakang pula sebab kesian tak nampak muka penuh diaorg dek ketinggan saya ni.


Pose, pose jangan tak pose.


Setiap gambar ada je both Damias kan.
Al-maklum ler both Damias dah biasa ngan staff-staff saya kecuali staff yang baru masuk tahun ni.


Kiki...posing lagi ya.


Cantikkan view kat sini.


Asmah, kerani aka PA baru saya mengantikan Diana yang sambung belajar.
Baru 2-3 hari lepas Diana datang melawat kami di office. 


Ok dah jam 7 lebih.
Dah start boleh ambil makanan.
Bukan main ramai lagi orang.
So siapa yang hati kental boleh tunggu beratur ambil makanan.
Hati lembik macam saya ambil air je dulu.


Dan Alhamdulillah, dapat kami berbuka ramai-ramai.


Sukanya tengok my staffs happy dan meriah tatkala berbuka.


Oppssss! Wefie dulu!


Agak-agak dah kekenyangan, berhenti solat maghrib dulu.
Ruang solat yang disediakan pun luas.


Dah lepas solat sambung makan lagi.
Sambil2 boss besar kami En Khairuddin memberi sedikit ucapan dan sembang berbuka.


Yeahhhh, sebelum balik, wajib ambil gambar ramai-ramai kan depan swimming pool.
Tapi poolnya tak nampak lah pulak.


Bersama dengan orang-orang kuat COCODAMIA.


OK last posing dah ni sebelum masing2 gerak ke kereta masing2.

Ada 3 orang staffs yang tak dapat menghadirkan diri sebab ada hal.
Tak pe insyallah next time kita gathering bersama lagi ya kalau ada rezeki dan kelapangan.
Insyallah kalau ada open house nanti ke.
Semoga kita berjumpa lagi di Ramadan akan datang.

Tanpa kalian siapalah kami. Terima kasih atas komitmen dan jasa khidmat kalian. Semoga kita menjadi team terhebat dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibadat.

Love uolsss.

Ikhlas,
Tuan Khairuddin & Puan Zamzarina





















No comments: