(VVIP TRIP)
Kenangan di Bangunan alat-alat kebesaran Diraja Brunei dan Istana Nurul Iman
Kenapa VVIP?
Sebab delegasi usahawan Malaysia yang lain tidak berkesempatan ke sini, tapi kami sekeluarga dijemput khas oleh Hajjah Norizan utk membawa kami round2 sekitar Bandar Brunei dengan menaiki keretanya.
Subhanallah hebatkan storyline Allah utk kami sekeluarga di Brunei.
Kami tak kenal pun Hajjah Norizan ni. Kenal sebab kali pertama dia datang beli #cocodamia di Pavillion Malaysia. Keesokkannya datang lagi bersembang2 dengan kami di Pavillion Malaysia.
Keesokkannya hari terakhir kami di Brunei jam 10 pagi Hajjah whatapps nak jumpa nak bagi ole2 katanya di lobby hotel. Terus diajaknya kami jalan2. Walhal kami ada 2 jam lagi sebelum check-out utk balik Malaysia.
Tu belum lagi cerita ada customer yang tak dapat beli Cocodamia sebab SOLD OUT terlajak awal, tapi pelawa nak hantar kami ke airport Brunei.
Terima kasih Ya Allah pertemukan kami sekeluarga dengan golongan org yang baik-baik di Brunei. Semoga ikatan silaturahim kami berpanjangan.
Tu belum lagi saya cerita sampai ada org dahulukan duitnya masa saya beli barang. Nanti erk saya ceritakan.

Jom layan gambar2 kenangan kami bersama dibawah.
#wefie dulu..
Ayyunie tak nak bergambar sebab panas katanya..
Dihadapan bangunan tersebut.
Depan muka pintu masuk Bangunan tersebut.
Lepas tu kami kena daftar nama pelawat dan segala bag, handphone atau kamera dilarang bawa semasa proses lawatan ini dilakukan. Lepas dah siap semua tempat kita lawat, baru boleh ambil handphone atau kamera utk bergambar. Dapatlah juga saya tahu serba sedikit salasilah keluarga Sultan Brunei ni. Satu je saya nak cakap, Sultan Brunei makin tua makin handsome...weeee
Payung2 ini digunakan oleh orang-orang istana dihadapan Kenderaan Sultan Brunei semasa ada istiadat.
Memang penuh protokol adat istiadatnya..
Sultan akan naik kenderaan di belakang tu pabila ada upacara istiadat.
Opss, sorry gelap pula gambarnya..
Happy kami datang ke Brunei ni..
Ada tempat membeli cenderahati disini..
Harga pun reasonable..
Rasanya harga kat kedai luar lagi mahal..
Lepas tu Hajjah bawa kami melawat tengok Istana Nurul Iman pula.
Istana kediaman Sultan Brunei sekarang.
Saya ada ternampak askar-askar istana ni mengawal istana ni dengan penuh khusyuk tau. Kenapa khusyuk?? Bayangkan straight je diaorg berdiri dalam pondok kawalan masing-masing tanpa gerak-gerak. Wahhh hebat! Tapi tak tahulah berapa lama mereka berdiri cam tu. Ya lah kot2 ada CCTV yang sedang memerhatikan ke.
Jam 10 pagi kami ronda-ronda, jam 11:30 pagi Hajjah hantar kami semula ke hotel. Jam 12:30 tengahari semua deligasi usahawan dari Malaysia check out. Bukan dari Malaysia je, rata2 dari Taiwan, China dan Thailand pun sama2 check-out bersama kami. Dan kami menaiki bas yang disewa khas oleh MOA Malaysia ke Airport. Bas sewa khas tu lah yang membawa kami deligasi Malaysia ke sana sini sepanjang 8 hari di Brunei.
p/s: Nanti saya share lagi ya cerita kami di Brunei. Banyak cerita best-best kat Brunei. Terima Kasih Ya Allah atas nikmat mengenali bumi Brunei.
No comments:
Post a Comment