Pernah dengar Pertandingan RBC?
RBC maksudnya Business Rural Challenge. Yang boleh menang sehingga 2 juta ringgit Malaysia. Duta RBC ni Irfan Khairi.
Alhamdulillah. Selesai sudah presentation untuk Pertandingan RBC yang dah sampai stage 4 ni. Ini bermakna CococDamia telah lulus utk stage 1,2 dan 3. Dan hari ini penilaian tapak adalah untuk stage 4.
Panel utama yang datang menilai adalah dari KKLW Putrajaya. Mereka datang naik flight pagi tadi. Kemudian dijemput oleh KKLW cawangan Johor dan seterusnya ke kilang CocoDamia bersama panel2 juri dari agensi lain.
Presentation ini sepatutnya dijadualkan pada 25 June, tapi ditangguhkan jadual ke harini gara-gara kami ke Brunei selama 8 hari.
Mula2 takut juga disqualified sebab tarikh lawatan ke area Johor ni memang 24-25 June. Tapi saya yakin dengan Rezeki Allah andai ia sudah tertulis untuk kita. Sebab sebagai usahawan ni bos besar kita adalah Allah.
Daripada 700 lebih penyertaan rancangan perniagaan yang dibuat, hanya 85 sahaja yang layak sampai ke stage 4 ni. Itulah info yang saya dapat dari facebook Pertandingan RBC. Semoga CocoDamia layak ke peringkat akhir iaitu stage 5.
Kalau nak tahu, dari 85 yang nak dibuat lawatan tapak tu, CocoDamia lah peserta yang ke 85 tu. Kiranya last tempat untuk lawatan tapak. Hihi. Apa nak buat, maafkan kami KKLW. Kami pun habis cara dah pusing2 dan fikirkan siapa yang perlu pergi ke Brunei tu, tapi last2 saya dan ayah damia juga kena pergi. Tu yang bawa anak2 sekali sampai last minit beli tiket ke Brunei. Sampai 3 kali ganda harga tiketnya dari yang mula2 kami survey. Tapi Alhamdulillah.. Ada hikmah semuanya.
Sesi soal jawab bersama panel2 juri. Agak mencabar juga soalan2 yang dikemukan kepada saya. Tapi saya dah cuba dan berusaha sebaik mungkin. Selebihnya tawakal kepadaNya yang lebih mengetahui.
Besar impian dan cita2 saya bersama ayah damia untuk CocoDamia ni dan dapat menambah nilai kepada masyarakat. Jom sama-sama "submit" mendoakan kejayaan CocoDamia. Siapa tak nak menang 2 juta untuk pelabuan business kita kan?
Akhir kata, terima kasih kepada KKLW Putrajaya, KKLW cawangan Johor, panel penilai dari bank rakyat Melaka dan juga Mara Johor Bharu yang sudi datang melawat tapak ke kilang CocoDamia dan juga sekaligus menjadi juri.
Saya percaya "jika kita memudahkan urusan orang lain, Allah juga akan memudahkan urusan kita". Semoga saya dan ayah damia selaku peneraju utama memegang amanah atas produk2 keluaran CocoDamia.
Mereka yakin,
Mereka menilai, dan
Mereka juga melihat sendiri,
Bahawa..
CocoDamia
~Bukan sekadar coklat biasa~
P/s: Bukan senang ooooo nak buat Rancangan Perniagaan (RP) ni. Hanya yang telah melalui pengalaman buat RP ini sahaja yang tahu. Sikit lagi nak pecah kepala.. Kiki
No comments:
Post a Comment