Sunday, July 6, 2014

Iftar atas pokok di Anjung Warisan


Semalam tak kerja, tapi sebab ada interview dan jumpa client, maka tup tap tup tap jam 5 baru selesai urusan.

Dari office terus gerak ke tempat makan Anjung Warisan. Booked pun via phone masa otw ke sana dah. Alhamdulillah, kami org last booked. Mujur masih ada meja lagi walaupun hajat dihati Aleesya nak makan atas pokok. Org yang walk in memang akan balik dengan kecewanya. Kesian diaorg. 

Kami antara yang terawal sampai sini. Dalam 6:15 dah sampai. 


Lepas tu org ramai beransur datang. Kebanyakan yang datang semua family. Untungnya kami dapat meja betul2 depan makanan dihidangkan. Staffs diaorg refill makanan pun nampak. Nak ambil makanan pun senang. Ada hikmah rupanya.


Cer kalau makan atas pokok? Mesti susah turun naik tangga bawa makanan. Kena buka kasut lagi. Lepas tu kena pantau both Damias turun naik tangga lagi. So setiap yang berlaku ada hikmahnya. Both Damias dapat ambil makanan dengan happynya depan mata kami. Unless kalau makan hidang, memang berbaloi makan atas pokok.


See, ramainya org beratur ambil makanan. Ayyunie sengih je dari depan meja kami duduk. Sebab kami dah ambil makanan awal2. Kata meja depan sekali kan. Hikss..


Meriah-meriah kami tgk gelagat org.


Antara makanan yang kami ambil. No worries, makanan memang cepat habis, tapi laju je mereka refill makanan. Lauk beza-beza pulak tu. Pendek kata buffet ni dalam kesederhanaan lah. Tak membazir makanan gitu.


15 minit sebelum berbuka ada muzik angklung. Lepas tu jam 8 malam sambung balik main angklung. Kami 8 malam dah balik sebab ayah damia nak kejar solat tarawikh kat surau kami. Ngam2 kami sampai rumah azan isyak berkumandang.


Ni antara details harga dan no phone kepada sesiapa yang berminat nak iftar disini. Selamat berbuka.

Ok dah sampai Ponderosa Golf and Country Club. Nak meeting dulu!





Post a Comment