Friday, July 11, 2014

Mudahnya ada Kessler Food Processor


Saya memang dah lama nak beli food processor ni. Ntahlah kenapa. May be nampak macam senang je nak mix dan blend kan bahan2 dapur yang basah.

Bukanlah blender yang ada sekarang ni tak boleh nak guna, tapi nampak food processor ni nampak praktikal. Kalau blender biasa tu kena letak air baru berpusing. Kalau blender kering yang kecil tu pula utk bahan2 kering semata2 macam gula, kacang dan lain. 

Tapi kalau food processor ni nak buat apa pun boleh. Nak letak air ke, nak letak sos ke atau nak blend kering2 macam tu pun boleh. Saya boleh sifatkan food processor ni umpama lesung tumbuk jugak lah.


Ni saya beli kat Brunei. Hari pertama saya tanya harga jual adalah BD$35. Oraitt saya memang dah aim dan beritahu ayah damia. Bukan main lagi saya menerangkan setiap details food processor ni. Kiki.

Then hari ke 3 saya tanya dah turun sikit harga. BD$30. Ok, makin besar cita2 saya nak dapatkannya.

Hari terakhir tanpa dirancang, saya bawalah Ayyunie ke toilet. Ntah macam mana, kengkonon nak survey apa barang promosi yang ada hari last ni, saya pun lencong ke blue zone, jalan2 sampai kat booth food processor ni.

Sekali!!! Wahhhhhh.. Harga runtuh bedebuk!!! Beli satu BD$25. Beli 2 dapat BD$40 which means baru BD$20 setiap satu! Rata2 yang beli pun pakat2 dengan org lain supaya dapat beli 2 baru jimatkan.

Alahai, saya ni dah lah masa tu satu sen pun tak bawa dalam poket. Ya lah, niat nak bawa Ayyunie ke toilet je pun. Punyalah nak sangattttt food processor ni. Sekali terpacul dari mulut saya kepada seorang kakak kat depan ni "kak, akak nak beli ya? Kita share 2 nak? Tapi saya tak bawa duit. Saya pinjam duit akak dulu ya. Nanti ikut saya ke purple zon saya ganti duit. Saya ada booth kat situ"
Hah! Sampai cam tu sekali tak nak lepaskan peluang tau. Ya lah masa tu memang ramai giler org beli. Tinggal sikit je stok.

Nasib baik akak tu baik. Warga Brunei memang pemurah dan baik hati. Lepas dia bayarkan utk saya, saya pun bawa lah dia ke booth. Sambil tu kami borak2 lah. 

Sampai kat booth saya bagitau ayah damia yang saya pinjam duit akak tu dulu beli barang. Debushh! Ayah damia pandang muka saya pelik je. Hahaha..Dia cakap saya tak segan ke beli barang pinjam duit org. Haha.. Alaaa pinjam kejap je, tak sampai pun 15 minit. Kikiki.. Lepas tu cepat2 saya ambil purse saya bayar akak tu. Terima kasih kak! Kot kalau akak terbaca blog saya say hai to me ya! Hihi.. 


Hari pertama sampai Malaysia, dah terus rasmi. Process semua bahan2 basah utk dimasak masa sahur selama seminggu. Boleh ganti lesung tumbuk dah hah. Then lagi satu boleh control nak halus atau kasar macam mana. Just tekan je kat atas tu. Memang praktikal lah! Serius I likeeeeeeeee...


Ni saya buat sambal mangga. Mix sekali isi ikan goreng, cili, garam, gula, lada sulah dan mangga muda. Fuhhh terasa aslinya macam kita tumbuk guna lesung.

Antara lain bahan yang pernah saya mix adalah isi ayam dan kentang buat begedil. Perghh memang cepat amat.


Dalam satu kotak tu akan dapat 3 bekas, 3 mata pisau berlainan fungsi dan percuma satu pisau lagi.

Kalau blade yang pertama tu utk buat uli tepung. Ya saya dah tengok senang amat uli tepung buat karipap.

Blade kedua pula utk buat juice atau buih2 cappucino atau mocha. Pendek kata utk yang air2 lah.

Dan blade ketiga yang tajam tu utk bahan2 memotong atau kisar lah. Macam yang saya guna kat atas.

Pendek kata memang puas hati!

P/s: Saya OT kat kilang seawal 7:30 pagi lagi. Ayah Damia OT kat pusat bahasa pelangi sebab ada kelas ganti. Salam jumaat semua! Tak sabar nak memasak petang ni!




No comments: