Awal gilerrr gi reserved meja. Jam 4:30 petang tadi. Siap pilih makanan siap-siap. Gulai kawah dan siput sedut masak lemak bersama keladi menjadi pilihan. Bersama dengan ikan bakar dan pencecahnya. Untungnya restoran2 depan dan bawah office sahaja.
Bukan apa, habis kelas mengajar jam 6:30 petang. Lepas tu bergegas ambil anak balik sekolah jam 6:35 ptg. (x balik awal pun bulan puasa). Tup tap tup tap jam 6:55 ptg baru sampai office semula. Sebab tu reserved awal-awal.
Dan yang bestnya jadi tenaga pengajar ni, kalau bulan Ramadan, rezeki makanan melimpah ruah. Hari-hari mesti sahaja ada pelajar2 yang bawa makanan utk kami para guru-guru di Pusat Bahasa Pelangi ni. Begitulah rutin saban tahun. Harini dapat bubur pulut merah campur durian dari seorang pelajar Form 5. Dapat 5 bekas pulak tu. Fuhhh semerbak bau durian.
Dan semestinya bekas yang dipulangkan mesti berisi. Begitulah tradisi. Paling senang pun ajak pelajar-pelajar berbuka puasa bersama kami di kedai sekali. Tanda kami saling mengingati.
Uolss mesti masak best-best kan kat rumah?
No comments:
Post a Comment