Thursday, July 3, 2014

Kurma Kurniaan Sultan Haji Hassanal Bolkiah


Rezeki untuk saya, tapi dikongsikan bersama yang lain..

Bertuah saya..
Serta keluarga saya..
Dan beberapa rakan terdekat saya..
Tak lupa juga staffs yang banyak membantu saya..
Dan jiran sebelah saya..

Sebab saya dapat ole-ole berbelas-belas kotak kurma, yang dikurniakan oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada rakyat Brunei.

Terima kasih kepada Hajjah Norizan warga Brunei yang bawa kami jalan2 Bandar Brunei (refer entry lepas) yang memberi kami ole-ole ini serta beberapa kotak maruku buatan Brunei.

Katanya setiap tahun Sultan Brunei akan memberi warga Brunei kurma yang diimport khas dari Tanah Arab dengan menggunakan kontena utk disedekahkan kepada warga Brunei pada awal Ramadan.

Kurma pun bolat2 besar2.. Bawah sikit gred Kurma Ajwa. Memang sekali makan nak terus makan dan makan lagi..


Yang kotak biru tahun ni punya..
Yang kotak coklat tu tahun lepas punya..
Tapi masih elok cantik je dalam bekas. Merasa jugalah ya pemberian Sultan Brunei walaupun kurma tu kat mana2 pun boleh dapatkan..tapi nilainya sangat terkesan dihati..

Semoga Hajjah Norizan dipermudahkan lagi rezekinya dan segala urusannya berjalan lancar..

Alhamdulillah.. syukur rezeki daripada Ya Allah Ya Robb..semoga nikmat ini kami tidak kufur..





Post a Comment