Haishh, susahnya nak balik JB..
Dah macam iklan raya bertangguh-tangguh nak balik JB..
Last Day beraya di bumi kelantan.
Hari jumaat malam sabtu sebelum bertolak balik JB.
Sempat lagi ke open house rumah terakhir adik ayah damia.
Aleesya dan Ayyunie muka ada masyamm sebab sedih nak tinggalkan sepupu sepapatnya.
Ya lah, balik kampung ni kehulu kehilir dengan sepupu2nya sahaja.
Sampaikan tak nak ikut ibu dan ayah gi mana-mana pun.
Bagus-bagus...hihi..
Dan Alhamdulillah..
Perjalanan dari Kota Bharu ke Johor Bharu sangat smooth.
Umpama tak balik kampung musim perayaan pun..
Yang lagi best, both Damias tidur je dari mula-mula naik kereta sampailah ke JB.
Bertolak jam 9:30 malam, jam 7 pagi dah sampai JB.
Alhamdulillah..semua ini dengan IzinNya kami selamat sampai..
Sampai rumah jam 7 pagi..
Tidur kejap..
Basuh baju sikit sebab dah siap2 basuh kat kampung..
Lepas tu kemas rumah banyak..
Then saya gi shopping groceries kat Maslee berdekatan pula..
Kami masih kat kelantan, tapi whatapps berderu2 masuk nak beraya rumah kami..
Haishh tak nyempat2 erkkk korang..
Al-maklum lah harini masing2 dah nak balik Universiti dan tempat belajar masing2..
Tetamu pertama kami.
Tq Iqbal dan Faiz datang beraya rumah cikgu..
Ex-students Pusat Bahasa Pelangi ni.
Sempat masak spagetti je masa ni. Nasib baiklah kamu cakap sedap.
Kalau tak, tak dapat duit raya..hihi
Gurau2 ya..
Leps tu rombongan cik kiah dan pak leman pula sampai..kiki..
Pun ex-students Pusat Bahasa Pelangi juga ni..
Terima kasih masih ingatkan cikgu walaupun dah 2 tahun kamu di menara gading masing2..
Tiap-tiap tahun tak pernah miss beraya rumah cikgu kan.
Cikgu doakan semoga kamu semua berjaya dunia akhirat.
Dan mereka jugalah tetamu paling lama..
Dari sempat solat asar kat rumah saya dibawa hingga solat maghrib..
Gara-gara nak tunggu Sherped Pie saya masak..
(ADA KEMALANGAN KECIL MASA MASAK SHERPERD PIE TU, NANTI SAYA BUAT ENTRY LAIN)
Alhamdulillah, happy tgk uols makan2, sembang2 dan together2 bersama kami.
Hope we will meet again dan berkumpul lagi seperti yang kita rancang semalam ya.
Dah besar2 pun sempat main bunga api dengan both Damias..
Happy Aleesya dan Ayyunie ada kakak2 dan abang2 melayan mereka.
Bergambar kenang-kenangan sebelum masing2 bersurai..
Balik je rombongan kat atas, terus tiba pula tetamu seterusnya..
Tq Akmal dan Afiq..
Walaupun Akmal baru je balik dari KL, sempat lagi beraya rumah cikgu..
Alamak, spagetti dah habis..
So buat menu baru, meehoon goreng je paling cepat..
Walaupun memasak dengan jari yang tak henti2 darah keluar..tapi meehoonnya tetap sedap ya..kiki
Bukti sedap semangkuk besar meehoon tinggal sikit ni sahaja..
3/4 mangkuk Sherperd Pie habis licin..diaog kata sedap..
Alhamdulillah..seronok tgk uols makan-makan..
Hilang penat cikgu kat dapur tau walaupun pagi tu baru je sampai dari Kelantan.
Apa-apa pun terima kasih semua yang sudi datang beraya rumah saya! Appreciated sangat! Tak semestinya kena tunggu open house baru boleh datang beraya kan. Kita tunggu siapa tetami seterusnya pula.
p/s: Harini dah start jadi Supir, kesana kemari hantar anak-anak menuntut ilmu.
No comments:
Post a Comment