Alhamdulillah, selesai sudah lawatan pagi tadi dari wakil-wakil agensi Lembaga Persatuan Peladang, FAMA, Veterinar dan S/U Jab. pertanian HQ untuk urusan MAHA 2014 yang bakal diadakan pada bulan November nanti.
Lepas tu saya bergegas pula ke Bandar untuk urusan2 lain.
Manakala ayah damia pula memang dari awal pagi ada meeting dengan Jab. pertanian dan seterusnya meeting dengan Entrepeneurs Development Centre (EDC) untuk pemilihan produk.
Straight to the point, Seawal pagi semalam dapat call dari rakan usahawan lain cakap cocodamia dalam berita jam 9 pagi semalam, lepas tu dapat juga whatapps bertalu2 dari rakan2 usahawan lain. Tapi saya dan ayah damia tak sempatlah pulak nak tgk berita tu. Nak tgk ulangan kat Tonton pun tak ada.
Lepas tu petang semalam ada kawan whatapps saya cakap "eh ni bukan gambar uols naik keretapi kat kluang tu ke?"... Ya lah.. Berdezup gi cari Harian metro petang semalam.
Tak pasti suratkhabar apa lagi yang keluar dan akan keluar. Yang dah dapat schedule dokumentari TV Al-hijrah sahaja.
Walaupun nama cocodamia coverage nya tak besar dan gambar pun kecil je, itu pun dah cukup bangga. Bayangkan, dalam banyak2 usahawan yang masukkan produk dalam Agrobazaar, hanya CocoDamia dan Fatihah Frozen sahaja yang dijemput turut serta dalam tour ini. Terima kasih Ya Allah.
Perasmian Agrobazaar oleh Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapore yang akan diadakan petang ini di Singapore.
Gambar saya bersama ayah damia masa keretapi menjemput kami di Stesen keretapi Kluang.
Gambar atas tu kecik. Ni hah gambar sebenar kami masa di Stesen Keretapi Kluang.
Semoga Allah permudahkan dan perlancarkan lagi urusan CocoDamia pada hari ini dan masa-masa akan datang.
Semoga Allah permudahkan dan perlancarkan lagi urusan CocoDamia pada hari ini dan masa-masa akan datang.
No comments:
Post a Comment