Hari-hari mesti sahaja ada undangan open house kan.
Kalau tak kat rumah, kat office.
Kalau tak kat office, kat dewan majlis perkahwinan pula.
Tengahari tadi ke Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Pertanian Daerah Johor Bharu pula.
Best dapat berkumpul dan chatting dengan usahawan2 yang lama kenal mahupun baru kejap tadi kenal.
Dan dapat juga merapatkan silaturahim antara pegawai-pegawai jabatan kerajaan yang terlibat seperti pejabat tanah, mardi dan lain-lain.
Macam-macam idea pengembangan business kami bual-bualkan.
Demo masakan pun ada. Ni cara2 nak buat pizza.
Tetamu dan suasana.
Ramai yang datang.
Buah-buah segar semua ada.
Jambu potong, nenas potong dan pisang besar ni.
Ater nama Jabatan Pertanian kan.
Buah-buahan aneka macam.
Cuma larat tak larat je makan ni.
Menu utama macam biasa nasi impit dan rendang, nasi beriani dan ayam masak merah serta kerutuk kambing dan lain2 lagi lah. Mee rebus pun ada.
Trend sekarang mesti ada kambing golek bakar dan sate kan!
Bukti kami berdua ada!
Pergi Jamuan Hari Raya pun sempat lagi beli buah pulasan. Sebakul tu RM5 sahaja. Beli untuk kawan-kawan mengaji both Damias malam nanti.
Nak juga cakap, saya mengayakan ootd Calaqisya yang dah berzaman beli. Pakai sekali dua sahaja. Raya tahun ni memang saya banyak pakai dress dan jubah sahaja.
No comments:
Post a Comment