Monday, August 18, 2014

Nasi Ulam dan Sup Kaki Lembu yang menjadi pujaan

Sementara tunggu lawatan dari Lembaga Koko Nilai datang kejap lagi, meh saya updated cerita raya cepat-cepat.

Cerita hari sabtu malam ahad. Kebetulan kawan ayah Damia dari KL datang kenduri kahwin cousin dia di JB, dan kebetulan ayah Damia yang uruskan homestaynya di taman perumahan saya, maka malam tu, ayah damia ajak kawannya serta family2nya yang lain datang makan2 rumah saya. 

Dan kebetulan sepanjang hari tu sibuk, so malamnya baru sempat siap2kan menu. Simple aje menunya, tapi tetamu2 yang datang makan siap bertambah-tambah. Itulah yang saya nak!


Malam tu saya buat nasi ulam. Aneka ulam saya sediakan. Tapi dalam banyak2 ulam kat atas tu, petailah yang paling laku. Hiks.. Lepas top up top up petai tu.


Udang masak lemak. Urmmm tetamu2 saya cakap, masak lemak saya perfect. Hihi...


Hah! Yang ni memang masing2 slurppp slurppp. Saya siapkan straw awal2 dalam mangkuk. Untuk senang para tetamu saya hirup dan sedut lemak2 dalam kaki lembu tu. Hihi.. Happynya saya tgk uols makan!


Ikan kering gelama sebagai penambah rasa.


Ikan goreng.


Sambal belacan kaw!


Budu penyeri menu! Wajib ada kalau ada ulam-ulam kan.


First tetamu saya malam tu adalah jiran sebelah saya sendiri. Nama je berjiran, tapi nak tgk muka masing2 punyalah susah. Hihi. Tu yang ajak beraya sekali. Saya siap suruh Jiran sebelah bawa saudara2nya yang tidur kat rumahnya malam tu.

Lepas tu barulah kawan ayah damia tu datang. 3 buah kereta datang membawa berkat ke rumah saya. Walaupun itu kali pertama saya dan ayah damia berjumpa dengan family kawan ayah damia tu, tapi kami berborak macam saudara mara yang dah lama tak berjumpa.


Hik hik luculah tgk masing2 menyedut sup tulang kaki tu. Ada yang malu pabila saya snap2, dan ada yang bukan main romantik lagi suami isteri menyedut straw tu. I likeeeeeeeeee...


Untuk dessert, macam biasa saya buat sherperd pie lagi! Wahhh ramai yang minta resepi dengan saya ni. Alhamdulillah, suka tgk tetamu makan sungguh2 apa yang kita masak. Ada yang siap nak record resepi saya tu. Hihi..ada yang siap nak bawa balik balance tu.


Yang bestnya tu, malam semalamnya kan saya buat marhaban kat rumah. Saya buat sherperd pie juga. Lepas tu jiran sebelah rumah saya siap tapau yang balance nak bawa pergi ke asrama anaknya. Lepas tu jiran saya cakap, anaknya siap suruh saya tulis resepi lagi bagi maknya buat kat rumah pulak. Hihi. Alhamdulillah, rezeki yang sedap haruslah kita share2 kan. Betul tak?

Apa2 pun antara komen2 para tetamu saya adalah:

1. Fuhhh, makan kat kedai pun tak pernah bertambah sampai 3 pinggan nasi macam ni.

2. Ni dah tahap boleh buka restoran ni.

3. Kalau makan tengahari, mau bertambah dan bertambah lagi. Nasib baik makan malam.

4. Sup kaki lembu ni kalau ada banyak lagi habis ni!

5. Memang kenyang betul makan malam ni. Tak tgk dah org lain kalau ada ulam dan ikan masin.

6. Datang JB, tapi menu kelantan! Terbaik!!!! 

Syukur Alhamdulillah. Semua ni rezeki Allah untuk saya berkongsi dengan tetamu2 saya.











Post a Comment