Thursday, August 28, 2014

Keluar TV3 dan TV1


Kelmarin ayah damia keluar dalam berita jam 9 pagi TV3 dan buletin utama TV3. Walaupun sekali imbas je keluar, tapi ramai betul perasan ya bang. Sampaikan gi meeting semalam pun bukan main lagi orang tegur ya. Walhal keluar sekali imbas je. Ya lah ya lah abang femes. Siap ada ramai lagi tolong rekodkan ya.


Dan semalam giliran saya pula keluar TV1 untuk berita wilayah jam 5 petang dan berita nasional jam 8 malam. Sedih sungguh sebab kedua2 slot tu saya tak tahu pun akan keluar dan memang time tu pun tengah driving. Nak tengok ulangan berita kat web TV1 pun tak boleh. Ke saya tak tahu cam mana.... Hihi..


Alih-alih pagi ni ada seorang pegawai FAMA post kat FB ayah damia video berita yang keluar TV1 semalam. Alhamdulillah, dapat jugalah tengok. Sebenarnya nak tengok part interview mana yang keluar. Punyalah panjang sesi interview tu. Yang tang "cocodamia sedap" tu juga lah yang keluar TV ya. Tak pe, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan. 

Kalau nak tengok youtube tu, boleh taip tajuk seperti diatas ya. Bolehlah dengar apa yang saya cakap mengenai CocoDamia. Yang pasti sedap! Aaamiin..

P/s: Tengah kursus untuk Matrade Exporter Forum di Pan Pacific Hotel.

Post a Comment