Tuesday, August 5, 2014

Derita jariku dihiris-hiris


Gara-gara nak cepat potong tomato masak Sherperd Pie sabtu lepas, sampai terhiris jari kelingking saya.
Syok sangat menghiris, sampai tak sedar terhiris isi jari kelingking saya.
Dah lah pisau yang menghiris jari saya tu pisau baru asah..Huhu..
Menjerit-jerit saya sampai ke depan memanggil ayah damia.
Darah menitis-nitis dari dapur sampai ke ruang tamu.


Darah tak henti-henti mengalir..
Handplus bertukar ganti pun darah masih memancut-mancut keluar.
Balut dengan tisu pun tisu banjir.
Huhuhu..memang ngerilah saya dan tetamu yang tengok masa tu.

Last-last ayah damia balut dengan bandage tu.
Yang tak tahan tu ayah damia balut bukan main tebal lagi.
Jari kelingkingnya kecil je, tapi balutan, aduhaiiii...
Bukan apa, tak nak bagi darah tu mengalir keluar punya pasal, tu yang balut habis tebal tu..
Tu pun masih boleh nampak darah masih keluar melalui celah2 bandage.


Mati-mati saya ingat tu darah beku tau.
Rupa2nya isi yang terkeluar.
Kulit isi ntah pergi mana dah. Masuk dalam Sherperd Pie kot..kikiki..


Kat tempat darah hitam tu lah kulit isinya tak ada.
Bukan main sakit lagi kalau tersentuh jari tu.
Ayah damia siap nak bawa klinik gi jahit tempat luka tu.
Hurmm...kirim salam lah ya. Takut weiii nak gi berjahit bagai.
As long saya jaga bersih-bersih dan balut bersih-bersih ok kan supaya tak terkena jangkitan kuman.


Tapi walaupun berlaku derita pada jari kelingking saya tu, saya tetap happy sambung masak-masak kat dapur. Mujur ada my girlsss yang membantu didapur. Masih bolehlah makan sedap2 kan. Hikss.

Hati-hati uolss didapur!
Jaga tangan jaga pisau ya!






Post a Comment