Monday, August 4, 2014

Potrait Dan Wefie Raya 1 Syawal 2014

Keriangan di pagi 1 Syawal..
Beginilah rutin setiap 1 Syawal di belah keluarga mertua..
Bergambar ramai-ramai untuk kenangan..
Tapi tahun ni tak cukup korum seorang anak saudara umur 12 tahun sebab ada kat Jepun utk wakil Negara permainan bola sepak..
Raya ke 3 baru dia sampai Kelantan..

Lepas bergambar ramai2.. Tradisi bermaaf-maafan dan berpeluk-pelukan diteruskan sesama keluarga dengan yang lebih tua...
Kemudian disusuli pula dengan pembahagian duit raya utk si kecil yang ramai dirumah ini.. 
Barulah masing-masing pergi ramai-ramai solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid berdekatan.


Tahun ni tema pink.
Baju both Damias saya jahit sendiri bersama lace dan manik.
Baju saya dari Zawara, cuma tambah manik2 jer sebagai hiasan.
Tudung both Damias dari Fareeda Kids.


Ni 8 adik beradik ayah damia.


Dari 8 adik beradik, terus berkembang jadi ramai cam ni.
Kurang seorang je anak saudara dalam gambar ni.


Tok ma dan Tok ayah bersama anak-anak yang masih belum kahwin serta cucu-cucunya


Then sebelum turun solat sunat aidilfitri, saya sempat ambil monopod dan shutter utk selfie ramai-ramai.


Tak sangka ipar duai saya suka berselfie juga orgnya.
Pakkal sebelum ni tak ada monopod je kata diaorg. Kih kih..


Ayyunie memang tak yah cakap lah.
Kaki selfir juga tu. Kih kih..


Anak saudara sulung saya sebelah keluarga ayah damia pun boleh tahan ya berselfie.
Siap pesan nanti lepas solat sunat aidilfitri, sambung balik selfie. Kih kih..
Apa-apa pun, selfie memang best!
Sebab keluarga dan gambar akan jadi ceria.

Eh eh! Bukan selfie lah tapi wefie!


Gambar disebalik tabir utk photoshoot Potrait raya 2014.
Malas betul saya nak ambil DSLR saya dan snap guna DSLR tahun ni.
Betullah orang kata, monopod bakal melupuskan tripod.
Smartphone bakal melenyapkan DSLR.
Tapi no worries, saya tetap peminat no 1 DSLR saya.
Cuma nak kena tunggu mood datang tu yang kena sabar.

Semoga kita semua berjumpa lagi untuk Raya 2015.
Akan bertambahkah ahli keluarga?
Kita tunggu!













Post a Comment