Alhamdulillah. Rezeki lepas raya tak putus2 dari segala aspek tak kira business, family dan juga amal ibadat. Ada juga rezeki yang tak disangka-sangka tiba. Contohnya tetiba dapat cek dari etika. Aikkk? Dapat offer booth dari pelbagai agensi kerajaan untuk event besar tak lama lagi dan macam2 bentuk rezeki Allah bagi saya nikmati. Rezeki BUKAN sinonim dengan DUIT sahaja kan.
Ni kejadian Petang isnin lepas. Dalam jam 3:30 petang. Person in charge datang hantar hadiah 6 voucher dan juga hamper HomeSoy. Wahhh memang rezeki sebab selalunya hadiah macam ni hantar melalui pos sahaja atau ambil sendiri di office KL. Memang hargai sangat usaha pihak HomeSoy ni. Lagipun sebelum ni berurusan dalam telefon dengan Home Soy (KL) pun sangat profesional.
Yang bestnya ada seorang uncle ni minta IC nak verified hadiah2 saya. Tetiba uncle tu cakap
"ni just procedure saja, btw kami dah kenal you, you are so popular maaaaa"..
Erkkkk ok! Muka saya kerut-kerut sebab terfikir macam mana uncle dan person in charge tu boleh kenal saya? Macam faham je apa yg terkandung dalam benak fikiran saya terus uncle tu jawab
"sekarang zaman IT maaa, semua pun tahu".
Ok fine saya bayangkan yang uncle tu cakap saya popular sebab pernah menang GP beberapa contest sebelum ni.
Sekali uncle tu cakap
"mestilah you popular, you kan jual coklat IQ, for brain is it? Hah tu coklat IQ!"
(Sambil uncle tu tunjukkan wallpaper kat office saya).
Wahhh! Uncle pun tahu pasal Coklat IQ? Tq uncle. Siap uncle tu tanya "you distributer ke?"
Saya jawab " Not distributer but manufacturer". Lagilah uncle tu terkejut! Wahhh Bagus bagus kata uncle tu.
Apa pun terima kasih Ya Allah.
Rezeki melekat-lekat kat kita sebab kita selalu BERSYUKUR kepadaNya tak kira apa jua bentuk rezeki tiba.
Hadiah kemenangan untuk contest saya diatas.
Sweet amoi person in charge ni.
Mula2 saya turun dari kereta lagi dia dah kenal saya. Hairan juga saya. Hihi..
Menang 6 buffet Dinner di Thistle Hotel. Valid sampai December 2014. Alhamdulillah..lama lagi tu. Boleh bawa ibu dan mertua saya jika berkesempatan. Lagi best, valid guna untuk hari jumaat dan sabtu je. Lagilah saya suka. Hihi. Then tak semestinya 6 voucher sekaligus. Boleh guna sikit-sikit. Wahhhhhhh!
Sepatutnya Shang Ri-La hotel, tapi memandangkan saya di JB, pihak HomeSoy tukar kepada hotel setaraf di JB. Yang bestnya berulang kali uncle tu cakap restoran di Hotel ni halal. Terima Kasih HomeSoy kerana memahami isu-isu sebegini.
Hamper dari HomeSoy!
Tak sabar, dan dan terus buka hamper. Bukan apa sebenarnya nak letak air kotak soya tu dalam fridge kat office saya.
Dan lagi terkejut!
Rupa2nya tak sangka ada voucher AEON kat bawah sekali dalam bakul tu.
Wahhhh..ini memang rezeki melekat-lekat lagi.
Sebab saya tak tahu pun pasal voucher ni.
Terima kasih sekali lagi HomeSoy.
Air kotak yang dah selamat dijual di Pusat Bahasa saya. Hihi..sapa tak suka dapat cash kan.
Tapi kalau anak-anak saya nak minum, pakai amik je diaorg air dalam fridge tu.
Terima kasih Allah atas nikmat ini, terima kasih mak kerana sebagai sumber inspirasi dalam contest tu dan terima kasih HomeSoy kerana memilih saya sebagai pemenang utama.
Saya yang takut popular,
Zamzarina Zakaria
Terima kasih Allah atas nikmat ini, terima kasih mak kerana sebagai sumber inspirasi dalam contest tu dan terima kasih HomeSoy kerana memilih saya sebagai pemenang utama.
Saya yang takut popular,
Zamzarina Zakaria
No comments:
Post a Comment