Latetly sangat sibuk.
Macam2 program dan event akan bermula.
Macam2 orang dan pelajar datang interview saya.
Macam2 meeting yang saya kena hadiri.
Dan macam2 lagi lah! Hidup saya sangat happy!
Dan yang paling best, macam2 email yang kena saya teliti dan reply untuk buat OEM bagi produk coklat jenama client sendiri. Kalau sesiapa yang ada modal dan berminat nak buat snack bar atau coklat jenama sendiri, don't hesitate email cocodamia@yahoo.com.
Ok lah direct to the point.
Sabtu lepas Sekolah Aleesya ada buat Jamuan Hari Raya kelolaan Ustaz sekolahnya.
Maka pagi sabtu tu, lepas saya sahur dan solat subuh, saya pun terus mengoreng aneka kuih muih frozen untuk dibawa ke sekolahnya.
5 jenis kuih saya goreng. Kuih apam puteri tu kukus.
Oh ya lately saya memang addict buat video utk anak2 dan family saya. So yang video pagi2 saya tengah goreng kuih muih diselitkan dengan lagu raya pun berjaya dihasilkan. Yang follow IG dan FB saya bolehlah tengok. Ntah kenapa suka betul buat video. Sampaikan journey to school both Damias pun saya hasilkan video. Haha...
Saya sampai sekolah Aleesya jam 9 pagi. Tapi tengok tak ada orang. Aikk..salah information ke Aleesya ni.
Lepas tu saya pun call lah ayah kepada kawan Aleesya ni. Rupa2nya jam 10:30 pagi weiii. Aduss..so ayah damia pun bawa lah kami breakfast dulu. Saya kan puasa, so tengok dan layan anak2 makan je lah.
Jam 10:30 pagi kelihatan beberapa orang ustaz dan ustazah sedang membuat persediaan makanan di Kantin sekolah. Manakala cikgu2 cina kebetulan yang baru habis Kokurikulum dan Kelas Tambahan terus datang sama2 memeriahkan jamuan.
Style makanan adalah pot luck kecuali ada beberapa makanan seperti laksa penang, mee kari dan nasi impit beserta rendang mungkin disediakan oleh pihak ustaz atau ustazah sendiri.
Happy tengok cikgu2 cina enjoy makanan melayu.
Diaorang suka makan laksa penang hokey.
Pot luck dari para pelajar.
Yeayyy kuih yang saya bawa awal2 lagi dah habis.
Lagipun bawa sikit je pun setiap satu jenis kan.
Janji ada pelbagai.
Selepas makan-makan, pelajar2 juga berkaraoke lagu-lagu raya.
Ada juga cikgu2 cina yang join berkaraoke.
Ayyunie..Ayyunie..
Baguslah Ayyunie.
Sekolah kakak dibuatnya macam sekolah sendiri.
Semua kawan-kawan kakak ditegurnya.
Siap main lari-lari lagi.
Kakak cool je makan bersama bestfriend dia.
Sampaikan cikgu-cikgu ingatkan awak pun darjah 1 walhal baru 5 tahun.
Terbaik dik! Komunikasi kamu sangat berkesan.
See, happy je dia kat jamuan sekolah kakak dia ni.
Lagipun dia memang kenal beberapa kawan kakak dia sebab sama2 tadika dulu.
Apa-apapun you are the best Ayyunie!
Pandai bawa diri.
Asalkan boleh makan minum dan tidur cukup.Kikiki..
Bagi saya pula jamuan sebegini amatlah menggalakkan kerana ia merapatkan hubungan antara para pelajar dan juga para guru. Yang penting sekali kanak2 happy .
No comments:
Post a Comment