Monday, June 23, 2014

Menang "Grand Winner"


Alhamdulillah..
Sekali sekala join contest, masih ada rezeki saya untuk menang.
Menang Grand Prize pula tu..
Siapa tak sukakan..

Dah lah tu, terselit nama melayu antara ramai-ramai tu..
Sama macam saya menang Contest Old Town tempohari..
Lagilah saya bersyukur..

Contest mudah sebegini tambah-tambah pula kalau berkaitan kekeluargaan..
Insyallah sebolehnya saya join dengan Izin Allah jika ada kelapangan masa..

Tak susah pun join contest ni, upload gambar bersama ibu, tulis karangan pendek berkenaan ibu (dalam bahasa inggeris - kelaut pun kelaut lah) dan submit online beserta dengan resit. Murah je resit saya, RM5 tak silap. Selebihnya yakin pada rezeki Allah.


Dan hadiahnya adalah High Tea Buffet bersama 6 orang di Shangri-La hotel. Masa saya dapat tahu menang, cepat2 googled Shangri-La hotel. Boleh tahan luxury hotel ni. Beserta dengan hamper HOMESOY bernilai RM150. Kalau dapat cepat masa bulan puasa ni, boleh lah bersahur dengan coklat IQ yang dimakan bersama cereal nanti.

Dah banyak kali juga saya menang makan-makan di hotel. Selalunya menang 2 pax sahaja. Tapi satu pun tak pernah redeem. Antaranya Berjaya Times Square Hotel, A Famosa Hotel, Four Points Hotel dan bebeberapa hotel lain.

 Alasannya tempoh guna voucher makan-makan hotel tu sangat singkat. Ada tu pula sebab faktor jauh lah. Busy lah. Walaupun acap kali ke KL, tapi kadang2 masa tu tak fixed dengan kita punya scheduled.

Harapan saya semoga saya dapat bawa mertua dan mak saya makan-makan kat sini. Lagipun ni hadiah untuk Parents' Day kan. Itu pun kalau kena dengan masa. Kalau tidak, nanti lah saya fikir nak ajak siapa makan2 bersama kami nanti. Hikss..

Apa-apa pun terima kasih Ya Allah Ya Robb kerana Engkau memudahkan rezekiku datang pada setiap pintu yang Engkau telah tetapkan.
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih Ya Allah..


No comments: