Monday, June 23, 2014

Malam nanti nak Fly, pagi ni baru renew passport!


Nak kata cuai tak juga. Nak kata tak tahu pun tak juga. Sebab kami memang check expired passport kami suami isteri Dec 2014. So valid lah 6 bulan utk perjalanan ke luar negara.

Lagipun baru je Rabu lepas bawa Ayyunie renew passport kan. Beli tiket pun dah last minute sangat2. Harga confirmlah 3x mahal dari harga 1 bulan sebelum tu kan. Faktor yang melambatkan kami beli tiket adalah berkira-kira nak bawa both Damias ke tidak. Ya lah sebab melibatkan masalah ketidakhadiran ke sekolah ni. Bukan 2-3 hari gi. 8 hari tau! Tu yang fikir sayang pula sekolah anak-anak. Tapi Allah dah tetapkan anak-anak tetap mengikut kami tak kira jauh tak kira dekat.

Then ingatkan kami tak nak lah web check-in disebabkan luggage kami up to 45kg. 

Sekali 2 hari lepas sampai email dari Air Asia suruh web check-in. Ok lah petang semalam kami pun buatlah web check-in. Sekali tak lepas-lepas. Huaaaa baru tahu rupanya validity passport kami dah lepas 9 hari. Aiyooo.. Ingatkan kalau june tu june lah. Rupanya hb pun diambil kira.

Alhamdulillah seawal pagi lagi dah bangun. Tepat jam 6:45 pagi kami dah sampai beratur ambil nombor. Dapatlah no 14. Tup tap tup tap 9:15 pagi siap! Bukan main panjang lagi barisan yang beratur kat belakang kami. Tu mahu pukul berapa siap kan.


Sementara tunggu kaunter nombor buka, sempatlah 30 minit both Damias siapkan kerja Kumon mereka. Ya lah ingatkan masa ibu ayah je terhad. Masa anak-anak pun terhad sekarang. Mana tak nya. Ke hulu hilir mengikut kami tak kira siang tak kira malam. Semoga Allah memberkati kamu anak-anak! Kerana kamulah ibu ayah berusaha keras ni. 

p/s: Ya Allah, satu barang apa pun tak packing lagi ni masuk luggage!!! Kerja sana sini memanggil-manggil. Semoga saya dapat menguruskan masa dengan baik!

No comments: