Sunday, June 15, 2014

"Sayang, abang nak makan sup kaki lembu dan tembikai laici lah"


Salam Ahad semua.

Assalamualaikum dan Selamat pagi.
Pasti bagi negeri-negeri yang dah mula persekolahan hari ini, mak-ibu-mama semua sibuk kan. Termasuklah saya ni. Sibuk uruskan makan minum anak, sibuk  periksa beg sekolah anak, sibuk hantar anak kelas tu kelas ni dan macam2 lagilah. Hopefully kita semua menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kita.

Nak cerita kisah kami lepas check-out dari Glory Beach Resort. Maka mulalah perjalanan balik JB. Otw balik JB tu, dalam jam 4 petang, tetiba ayah damia cakap "Sayang! Abang nak makan sup kaki lembu dan tembikai laici lah".

Hah? Dah lah jam 4 petang, cakap pula dalam kereta otw balik JB. Tapi saya positifkan diri cakap OK sebab kesian kat ayah damia yang puasa nisfu syaaban haritu. Ya lah, org puasa memang terliur nak makan macam2 kan. So saya positifkan diri sempat masak kat rumah.

Sampai JB jam 5 petang terus menerus ke Kipmart beli kaki lembu. Nasib baik ada. Lepas tu beli tembikai dan laici fresh utk penyejuk dahaga. Wahh tak sabar ni saya nak masak.

Ngam2 jam 6 petang sampai rumah. Masuk je rumah macam lipas kudung klung tang klung tang kat dapur. Hati ni runsing juga takut kaki lembu tu tak empuk. Ya lah takkan dalam sejam je kaki lembu empuk kan. Paling2 pun mesti 2 jam.


Dan seperti yang disangka, masuk je waktu azan ayah damia hanya berbuka dengan tembikai laici fresh ni. Nasib baik laici fresh ni besar2 dan manis leting. So tak lah ralat sangat berbuka dengan ni je kan. Tercapai sudah hajatnya nak minum tembikai laici.

Lepas tu kami pun solat maghrib, ngaji dan solat isyak dulu. Sementara sup kaki masih atas dapur lagi.


Dan taraaaa! Siap sup kaki lembu power untuk ayah damia. Eh untuk kami semualah walaupun saya dan anak2 tak puasa. Hihihi.. Pagi2 dah breakfast kat hotel. Lepas tu tengahari singgah R&R Machap pula makan. Tapi kami semua tetap temankan ayah damia berbuka. Fuhh memang power! Siap pakej ada lemak, daging dan urat lagi kat kaki tu. 

Walaupun SESIBUK dan SEPENAT mana pun, tak sampai hati nak hampakan permintaan seorang lelaki bernama suami.


Ada sup, tak sah tak ada sambal belacan power kan.  Senang je buat ni. Yang penting, kepedasan sehingga menjilat jari.


Dan juga telur dadar sebagai penyeri sup kaki power tadi! Fuhhh memang terangkat lah ibu jari tangan tunjuk "best".. Hikss..

Ok lah kejap lagi saya share "Resepi Sup Kaki Lembu Power" ni ya... Sebab ada permintaan kat Instagram kongsi resepi. Tak pe No worries, resepi saya senang2 je. Janji sedap kan..Nak hantar both Damias gi sekolah dulu!

Post a Comment