Monday, June 16, 2014

Resepi Sup Kaki Lembu Power


Bahan-bahan:

Bahan direbus bersama:
Kaki lembu 
Halia sejengkal
Asam keping 5 keping
Garam
Ajinimoto

Bahan tumis:
Halia 3 inci-kisar
Bawang putih 5 ulas-kisar
Bawang merah 2 labu-kisar
Kayu manis
Bunga lawang
Jintan manis dan jintan putih
Lada hitam
Serbuk sup 5 sudu

Bahan hiasan/penyeri:
Daun sup
Bawang goreng
Cili padi yang dipotong-potong

Cara-caranya:

1. Rebus kaki lembu bersama bahan2 yang direbus selama 2 -3 jam dalam periuk. Kalau guna pressure cooker 1 jam je. Biar betul-betul empuk tau. Kalau tak nanti lemak dan urat tak sedap dimakan.

2. Gorengkan bahan2 tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan-bahan tumis yang lain dan akhir sekali masukkan serbuk sup tu. Goreng sampai pecah minyak.

3. Pabila sup dalam periuk dah mendidih (estimate separuh empuk kaki tu), tuangkan semua bahan tumis tadi dalam periuk. Wahhh memang naik baunya. Tutup periuk tersebut. Kemudian teruskan merebus sehingga betul2 empuk. Nanti kuah akan menjadi pekat. Boleh campurkan sedikit air. Nanti pabila betul2 empuk, kuah akan pekat kembali.

4. Hidangkan dalam mangkuk. Tabur bahan-bahan hiasan tadi. Bukan sekadar hiasan tetapi penyedap sup juga. Makan panas-panas. 

5. Untuk lebih nikmat, sediakan straw untuk menyedut lemak2 dalam kaki tu. Walla! 

Selamat mencuba!

P/s: Untuk keluarga kecil saya, sebatang kaki lembu tu boleh 3 kali masak. Anggaran kaki lembu sekali masak seperti dalam mangkuk di atas dan ada lagi satu ketul besar gedabak dalam periuk. 



Post a Comment