Monday, June 16, 2014

Ganjaran Dinner Buffet


Kisah jumaat haritu - 13/06/2014

Ramadan Buffet belum start lagi..
Tapi kami dah berbuka puasa dulu di Hotel Selesa Pasir Gudang..
Kami ambil Dinner Buffet 2 dewasa 2 kanak-kanak..
Walaupun hajatnya nak makan seafood di Pasir Putih, Pasir Gudang..


Sampai2 je kami dihidangkan dengan welcome drink.
Jus Pink Guava di best giler..
Kawwwwww gitu!


Alolololololo..
Siannya Aleesya..
Sebenarnya ni adalah GANJARAN untuk Aleesya sebab puasa penuh haritu..
Dah lah tak sahur (saya kejut tak nak bangun), tapi sanggup puasa penuh walaupun masa solat asar tu siap minta izin saya nak solat duduk. Kesian pun ada tengok dia. Otw dalam kereta nak ke Pasir Gudang siap meleleh lagi air mata sebab tak tahan agaknya. Saya suruh berbuka dia tak nak. Tapi Alhamdulillah, perilaku memang nampak dia penat, tapi mulut diam je tak banyak protes. Bagus Aleesya, kena selalu be positif!


Waktu maghrib ni tak ramai org..Agaknya org yang menginap kat hotel ni turun lepas maghrib kot. Lepas tu ada 3 meja besar reserved kepada Persatuan Bola Sepak FAM. So, kami dengan senang lenangnyalah pilih-pilih makanan.


Hamboiii! Ayyunie yang tak puasa ni pulak makan macam2..
Saya, Ayah Damia dan Aleesya yang berpuasa ni pula yang makan sikit-sikit..
Makan kuantiti sikit2, tapi ulang alik refill macam2 makanan tu yang lebih..hihi


Eh, ni apa benda namanya ya?
Best ah...ingat nak try masak kat rumah ah menu ni..
Tapi nak google tgk resepi tak tahu apa kebendanya menu ni..
Pasta Carbonara? Pasta seafood?
Tapi rasanya memang banyak cheese dan ada udang dengan kupang je. Kuah tak ada. 
Kalau siapa2 tahu, let me know ya..
Nak try masak2 ni kat rumah pula.


Hah, barulah muka ada senyum chek mek ni..
Tadi kesian betul tengoknya.

Apa2 pun bravo Damia Aleesya!
Tak pe lah Aleesya penat sikit. 
Kadang-kadang sesuatu kebaikan perlu dipaksa.
Dan buat sesuatu bukan mengharapkan ganjaran kerana ganjaran akan datang dengan sendirinya.

See, elok2 rancang nak makan seafood kat Pasir Putih, boleh pula Allah bukakan hati ayah dan ibu berbuka dihotel kan Aleesya. Tu rezeki kamu nak!

Dah makan, kami pun naik solat di tingkat atas. Masa ni barulah ramai org turun makan.
Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan kami.

Terima Kasih Ya ALLAH Ya ROBB.




No comments: