Tuesday, June 17, 2014

Pengalaman pertama jumpa dentist


Cerita Selasa minggu lepas..

Btw sebelum tu dah seminggu lebih gigi Aleesya goyang-goyang nak patah. Sampaikan Ayyunie hari-hari main gigi kakaknya. Siap berlakon jadi doktor gigi lagi si adik tu macam dalam cerita Upin Ipin nak cabut gigi kakaknya. Kikiki.. Kelakarlah Ayyunie.

Lepas tu saya dan ayah damia pun takut juga nak cabutkan. Ada juga saya try goyang2 dan tarik gigi Aleesya, tapi tak tercabut pun. Tarik lebih-lebih saya memang tak berani. Lagipun saya ni kan penakut. Huhu..

Sudahnya petang selasa tu dalam kelam kelibut kami standby kat office dan kilang nak ke KL keesokan harinya, jam 6 petang baru bawa Aleesya ke klinik dental. Nasib baik dekat je depan office. Jalan kaki je pergi. Klinik gigi baru buka. Bolehlah try.


Boleh tahan luas juga ruang menunggu. Siap ada ruangan utk kanak2 membaca dan khemah kanak2. Sukalah both Damias main2 kat situ sementara tunggu Dr. Panggil.


Artistik wallpaper tu. Kalau tgk lama2 macam garisan hitam tu bergerak.


Di kaunter AB Dental.


Dan sampailah waktu berjumpa Dentist. Aleesya cool dan relax je. Saya pula yang cuak. Ayah Damia siap record video lagi utk tatapan Aleesya. Ya lah pengalaman pertama kan. 

Dr pun bukan main cantik lagi. Peramah. Sebelum buat keputusan apa2, Dr akan bagi konsultansi dulu.

Sebelum Dr cabut gigi tu, Dr akan spray satu kapas putih dan letak kat gigi Aleesya. Aleesya cakap sejukkkk. Lepas tu Dr pun ambil playar dan cabut gigi Aleesya. Laaaaaa, senang bangat! Tak sampai 5 minit siap!

Next time saya pun nak cabut guna playar lah. Kikiki.. Jimat RM50 utk sebatang gigi.

Bravo my girl! Berani sungguh. Sengih je Aleesya. Tak nangis langsung walaupun muka berkerut menahan sakit sikit. Yang si adik pula diam je tgk aksi cabut gigi berlaku. Apa2 pun alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan.

P/s: Gigi Ayyunie tak pernah cabut lagi.



Post a Comment