Kisah kami pada hari Rabu lepas (11.06.14)..
Seawal jam 6:30 pagi bertolak dari JB...
Destinasi pertama kami dalam kesibukan hari tersebut. Singgah Lembaga Koko Malaysia lagi. Semoga skrip utk CocoDamia daripada Allah yang baik-baik sahaja.
Saya pun ambil kesempatan bergambar dihadapan pintu masuk Lembaga Koko Malaysia.
Destinasi kedua pula di Dengkil.
Dan inilah tujuan utama kami ke KL. Untuk loading stok CocoDamia dan Krukk Krakk ke dalam Kontena sejuk beku. Dan sekaligus dibawa ke Pelabuhan Kelang untuk berlayar ke Negara yang laksanakan hukum hudud, Brunei. Ada beberapa syarikat Usahawan Bumiputra yang gah turut sama-sama berkongsi kontena dengan CocoDamia. Wahhh! Jujur saya terasa kerdil. Tapi kalau tak ada first step macam mana nak jadi seperti mereka yang dah berjaya kan! Wahh! Ayah Damia dalam gambar atas dah macam supervisor kat sini dah. Hiks..
Selamat berlayarlah wahai CocoDamia. Semoga CocoDamia dapat meluaskan pasaran ke Brunei dan sekaligus menjadi fenomena disana!
Destinasi ketiga, Giant Shah Alam.
COD stok untuk agen area sana. Btw Aida ni pernah beli CocoDamia dengan saya masa dia duduk JB. Now dah berhijrah ke Puncak Alam. Dah macam Car bootsales gayanya. Walhal stok tu semua dah bertuan.
Kemudian balik semula ke Dengkil sebab nak tunggu Kontena tu betul2 sejuk mengikut suhu yang diingini. Dah settled semua urusan di sana, kami ke Putrajaya pula.
Destinasi keempat, Putrajaya.
Gambar tak ada sebab segan pula saya nak bergambar dengan orang lelaki. Btw bukan orang lain pun. COD stok kepada Cikgu Naman suaminya kepada Fiza Naman. Kalau yang blogger tu, mesti kenalkan.
Then cepat2 ke destinasi seterusnya Bandar Baru Bangi.
Destinasi kelima, Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi. Memang inilah tempat persinggahan feveret saya. Nak dijadikan cerita otw ke Bandar Baru Bangi, boleh pula jalan jammed jalan hah. Jammed pun dah kat Bangi. Kesnya traffic light mati dan polis yang jaga. Kesian Kak Zikra yang dah lama tunggu kami kat situ. Maaf ya kak. Kami sampai pun dah dekat jam 6:45 petang. Salam, peluk, cium dan bagi stok, bergegas pula kaki solat asar dalam masjid. Oh ya, ni kali kedua saya jumpa kak Zikra. First time dulu pun jumpa kat sini juga. Masa tu bulan puasa beli stok CocoDamia edisi raya.
Dah solat semua, barulah decided nak check in mana. Dalam kereta kami tempah hotel via Agoda. Kesian anak2 sepanjang hari ikut kami ke sana sini sejak 6:30 pagi. Makan pun tak proper. Beli KFC je. Sebab tu kami check in kat Glory Beach Resort sebagai reward diaorg main air nanti. Anak-anak ibu memang tak banyak songeh dan banyak belajar erti kesabaran. But sometimes Ayyunie tu tak boleh kawal juga mood dia.
Dan Alhamdulillah, jam 8:00 malam kami pun sampai. Anak-anak pun happy. Itu yang paling utama. Ayah Damia pun cakap kepala dia dah hanyut sebab penat. Saya pun sakit kepala sebab kepenatan agaknya. Otw ke sini, kami dah tapau makanan siap2 makan dalam bilik nanti. Maka bermusafirlah kami disini 1 hari 1 malam.
Syukur dengan nikmat rezeki yang Allah kurniakan.
Alhamdulillah, saya suka jadi Usahawan!
Tiada usaha, tiada wang! Betul tak?
No comments:
Post a Comment