Kisah semalam.
Lepas sahaja check-out dari Morib, jalan-jalan kenal tempat ke Pantai Bagan Lalang. Kemudian terus ke Seremban.
Hajat dihati nak makan Nasi Arab Damsyik yang famous kat Seremban ni. Tapi sayangnya tutup lah pulak. Lepas tu search kat Waze tempat makan best kat Seremban. Sekali keluar Haji Shariff Cendol. Ok lah jom kita cuba!
Sampai-sampai je kat sini, wahhhhhhhh! Ramainya orang beratur dan makan. Rata-rata atas meja wajib ada rojak mee dan cendol. Itulah specialnya kat kedai ni. Kami pun turut order rojak mee dan cendol jagung serta cendol pulut dan 2 set ABC utk both Damias.
See!! Both Damias dah tak pandang kiri kanan masa makan rojak mee tu. Mula2 order sepinggan dulu ya lah takut tak sedap atau tak habis, lepas tu order lagi sepinggan sebab berebut both Damias makan. Memang terbaik ah rojak mee ni.
Harga pun kategori murah. Cendol baru RM1.70. ABC pula 2.50. Rojak Mee 3.50. Penuh pinggan hokey rojak mee tu. Dan kuahnya memang marvelous!
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana bagi kami nikmat menikmati rezeki makanan ditempat orang. Lain tempat lain citarasanya kan.
Selamat sampai JB jam 7 malam semalam. Harini ayah damia ada sesi gotong royong di Pusat Bahasa Pelangi bersama staffs dan para pelajar. Saya mendobi dan gotong royong dengan anak-anak kat rumah je. Insyallah kalau tak ada aral melintang, lusa ke KL lagi untuk hantar stok CocoDamia dan Krukk Krakk masuk kontena untuk berlayar ke destinasi.
Kalau ada siapa2 yang nak borong krukk krakk atau coklat IQ CocoDamia sepanjang perjalanan JB- KL (10-11-12 June) ni, nanti sms/whatapps saya directly ya 012 7560895. Nanti mention pembaca blog ibuayahdamia ya. Insyallah dapat harga special khas utk anda.
Alhamdulillah, FENOMENA KRUKK KRAKK dan COCODAMIA semakin meluas!
No comments:
Post a Comment