Tuesday, June 17, 2014

Passport 5 tahun lepas!



< HAH? DAH 5 TAHUN? >

Tik tok tik tok!
Cepatnyalah kan masa berlalu. 
Kejap je dah 5 tahun..

Masa mula2 buat passport ni, #damiaayyunie baru nak masuk 5 bulan. Muka pun baby habissssss.. 

Sekarang dah 5 tahun 3 bulan. Muka pun makin comel dan mulut bukan main bijak pandai lagi keletahnya. Antara dialog yang sampai sekarang ingat:

Masa hari guru haritu:

Ibu: Aleesya, berapa org ni teacher Aleesya? Ibu nak beli hadiah ni.
Aleesya: (kira satu-satu nama teacher dia.. Hampir kat 9 orang)
Ayyunie: (tetiba!) Pak guard tak nak bagi hadiah? Acik cleaner tu kakak tak nak bagi?.. 

Hahahaha..

Lagi satu dialog:

Ayyunie: Kesian ibu kan, duit hari-hari sikit je. Tadi banyakkkkkkk giler kan.
Ibu: (Confius!) Kenapa pula duit ibu sikit?
Ayyunie: Ya lah, siapa suruh ibu masukkan duit dalam mesin tadi. Kan dia dah makan semua duit ibu! 

Hahaha.. Lawaklah Ayyunie ni!

Apa-apa pun Kejap lagi balik sekolah ikut ibu snap gambar passport ya. Dah tahap kritikal dah expirednya ni.
Post a Comment