Ni bukan kali pertama saya stay disini.
Mungkin kali keempat atau kali kelima rasanya.
Walaubagaimanapun, area kawasan sini sangat dekat dengan jiwa saya. Sebab saya membesar dikawasan ini. Ingat lagi dulu kecik2 sebelum hotel Glory Beach Resort ni ada, saya dan keluarga sering jalan kaki dari rumah ke sini utk mandi pantai dan kutip remis.
Tak jauh jalan kaki dari rumah yg mak saya beli kat area sini. Lebih kurang dalam 15 minit. Sampai sekarang rumah tu masih ada dan diberi sewa. Dulu abang saya pun ada stay di belakang Glory Beach Resort ni, lepas dia dah beli rumah lain, pindah ke kawasan yang tak berapa jauh dari sini.
Dan lepas saya habis degree, saya pun ada minta kerja sementara di Glory Beach Resort ni. Tak silap hotel ni masa tu masih baru lagi. Tapi susah lah kan org bertudung dapat kerja di hotel ni.
Dan lepas saya baru berkahwin dengan ayah damia dulu, kami ada photoshoot suka2 dengan kamera compact cabuk kami kat sini. Sampai sekarang gambar tu masih utuh dalam album kami.
Eh saya nak cerita pasal lain, lain pula kisah yang ditulis disini.
Ok lah ni review saya terhadap 2 Bedroom Apartment ni.
Seperti biasa, medium paling saya gemari kalau nak booked hotel ni mesti via Agoda. Orang macam saya yang suka booked last minute hotel ni, Agoda sangat membantu. Walaupun ada yang kata Agoda mahal, booking.com lagi murah, walk in lagi jimat dan macam2, tapi Agoda tetap dihati. Alhamdulillah, dah hampir 5 tahun lebih menggunakan khidmat Agoda ni. Ingat lagi masa mula2 guna Agoda adalah masa honeymoon road to Malaysia lepas lahirkan Ayyunie.
Mula2 masuk bilik! Wahhhh macam rumah sendiri. Lengkap semua yang basic. Luas pula tu. Ada kitchen, living area, 2 bedroom, dining area dan 1 toilet.
Oh ya, rate harga yang kami dapat masa booked via Agoda adalah RM 240 including taxes. Memang last minute sungguh. Booked jam 7:15 malam, sampai sini jam 8:10 malam. Normally kalau Agoda, makin last minute majin mahal. Tapi faham2 lag kami ni businessman dan businesswoman. Anything boleh berubah sekejap je schedule kami. So that's why susah nak merancang.
Selain itu, ada juga area beranda utk kami ambil angin. Cantik kawasan pemandangan waktu malam. Tak sempat nak snap sebab keletihan dan kelaparan.
Ni pula bilik Aleesya dan Ayyunie utk bermalam 1 hari disini. Ayyunie cakap, macam bilik kita kan. Maksudnya mereka ada bilik sendiri tido kat hotel sama macam bilik mereka sendiri kat rumah. Cuma Ayyunie komen, aircond bilik dia kat rumah lagi sejuk dari aircond sini. Haha.. Macam2 lah baby ni!
Pemandangan dari living area.
Bangun pagi2, buka langsir dan sliding door... Ermmmmm hirup udara segar.
Lepas breakfast di Cafe, saya bawa both Damias main air di pool pula.. Boleh tahan juga ramai orgnya...
Haishh.. Dioarg main slide ni sampai lebam ok..
Happy both Damias. Kegembiraan mereka kekuatan kami suami isteri.
Sambil berbusiness, sambil bekerja, inilah masa utk bawa mereka berlibur.. Kalau tak sebelum sebelum wujudnya CocoDamia, Boleh dikatakan tiap2 bulan sempat pergi holiday samada terancang atau tidak.
Dan saya percaya, Allah beri apa yang kita perlu dan bukan yang kita mahu rite?
Terima kasih Ya Allah..
P/s: Last minute booking flight lagi! Lagi beberapa hari nak fly baru beli tiket. Sudahnya tiket 3 kali ganda mahal dari hari mula2 saya survey dulu!
No comments:
Post a Comment