<CABARAN COKLAT BUMIPUTERA BERSAING DENGAN COKLAT LUAR>
Usahawan yang berjaya ialah usahawan yang suka pada cabaran dan risiko. Walau bagaimana pun, seboleh-bolehnya seseorang usahawan pasti akan cuba meminimumkan cabaran dan risiko yang dihadapinya.
Cabaran kepada usahawan diibaratkan seperti layang-layang dengan angin. Lebih kuat angin (cabaran), maka lebih tinggi layang-layang (perniagaan) akan terbang. Maka makin seronoklah pemain layang-layang (usahawan) itu.
Tetapi jika semakin kuat angin (cabaran) itu, akan putuslah tali (perniagaan gagal). Dan inilah yang akan mengajar pemain layang-layang itu bersedia dengan tali yang lebih kukuh sebagai persediaan.
Jatuh bangun adalah perkara biasa dalam berniaga. Dan cabarannya lah yang membuatkan majunya sesebuah perniagaan serta hebatnya seseorang usahawan dalam membuat keputusan atau merangka strategi dengan IZIN YANG MAHA KUASA.
Dapatkan sisipan ruangan BI$NE$ dalam akhbar Sinar Harian hari ini (23 Jun 2014) untuk mengetahui perkembangan terkini CocoDamia. Dan insyallah banyak lagi projek-projek terbaru akan menyusul dengan IZINNYA.
Buat sesuatu bukan kerana ganjaran, kerana ganjaran akan datang dengan sendirinya.
Percayalah,
COCODAMIA,
~Bukan sekadar coklat biasa~
Jadi agen atau stokis?
Call/whatapps: 010-6468383/010-6018383.
P/s: Kih kih.. Sampai 3 entry harini punya entry blog. Dah dah! Sambung packing luggage.
No comments:
Post a Comment