Monday, April 2, 2012

Terasa mukaku begitu mahal...


Itu bukan kata-kata saya..
Tapi kata-kata Scha Al-Yahya..
Katanya sarang burung kan mahal..
Dan selalunya org2 cina yang makan sarang burung utk kesihatan..
Dan kini sarang burung telah diekstrak dalam barangan cucian muka..
Haruslah terasa muka mahal kan..
Sarang burung di muka gitu..hehe


Btw saya tak pernah guna pun produk Bio-Essence ni..
Kebetulan pulak tengok harga setiap satu jenis produk tu...hurmmm boleh tahan mahal harganya..
Tapi barang mahal, barang kualiti tak pe..
Jangan barang mahal, muka rosak sudah...huhu.. 


Yang ni Nugeno utk lelaki..
Kalau nak tahu, masa masuk penyertaan ni, ibu beli Nugeno bagi hadiah birthday kat ayah damia...
Konon beli saja nak dapat resit utk dapatkan bukti pembelian..
Sudahnya sampai sekarang ayah damia still tak guna2...hehe
Ni dapat pulak hamper sedebukkkk barang Nugeno dan Bio-Essence..
Nampaknya kami WAJIB guna lah yer..
Bukan murah ni..
Barangan dalam hamper bernilai RM500..
Ayah damia kata, nak handsome macam Awal Shaari...so kena lah berjinak2 guna..hehe
Walaupun sebelum ni, ayah damia langsung tak pernah guna sebarang pencuci muka...

Jadi nak minta pendapat kawan2..
Siapa2 yang pernah guna Bio-Essence ni.
Ok tak hasilnya??? Bukan apa, saya ni jarang tukar2 produk penjagaan muka..
Memang setia yang tu, tu jer lah guna sampai rasa ada produk lagi bagus..
Kalau siapa2 pernah guna, share2 yer pengalaman anda..

Alhamdulillah..





Post a Comment