Friday, April 6, 2012

Selaput mata terkoyak....aduhhh!!! sakitnya nak berkelip...

 Dugaan di Hari jumaat..
Dan saya redha jika itu kehendakNYA...


Malam tadi masa tgh main2 dengan Ayyunie...
Tiba2 jari Ayyunie tercucuk betul2 kat biji  mata hitam rasanya..
Lepas tu, sakit yang teramattttt...
Nak buka semula mata pun pedih yang teramat...
Sampaikan nk tido pun tak senang...
Lepas telan sebiji pain killer, baru lah tenang tido, tapi mata masih berdenyut2..

Pagi ni gi jumpa Doc kat klinik biasa...
Doc suspect selaput mata terkoyak..
Dan recommend pergi Klinik Pakar Mata kat Kulai..
Sementara tu doc bagi ubat titis tahan sakit dulu..
Ok lah sekejap..pastu sakit semula...


Ni hasil selepas berjumpa dengan Dr. Pakar..
Sebanyak 3.2mm selaput mata terkoyak kat biji mata hitam tu..
Hohoho...ngeri tgk doc tu cuci selaput mata ngan jarum nipis dan cotton bud..
Menjerit jugaklah weiii dalam bilik doc tu..
Tapi nak cepat sembuh punya pasal, tahan jer lah...
Tapi doc dah letas ala2 ubat bius gitu supaya tak sakit..

Haishhh takut pula tgk mata sendiri cam ni..
Ahad ni ada appointment lagi dgn Dr utk cek balik mata..
Harap2 cepatlah sembuh yer wahai mata..
Nak buat apa pun serba tak selesa ni..

p/s: Dr tanya nak MC tak?? Ibu dengan bangganya jawab "Tak yah MC dr.."...hehe
p/s: MORAL OF THE STORY...Hati2 semasa bermain dengan anak yang tgh lasak...sabo jer lah ayyunie...anak oh anak..

Post a Comment